Skip to main content

Sukan

EPL: Belasah Fulham, Man City terus kejar Arsenal

Soccer Football - Premier League - Manchester City v Fulham - Etihad Stadium, Manchester, Britain - February 11, 2026 Manchester City's Antoine Semenyo celebrates scoring their first goal with Nico O'Reilly REUTERS/Phil Noble EDITORIAL USE ONLY. NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR 'LIVE' SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 120 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/PLAYER PUBLICATIONS. PLEASE CONTACT YOUR ACCOUNT REPRESENT
Antoine Semenyo meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukan bersama Nico O'Reilly ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Fulham di Stadium Etihad, Manchester, Britain, 11 Feb 2026. REUTERS

MANCHESTER City terus mengekalkan momentum dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Fulham di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Antoine Semenyo membuka jaringan pada minit ke-24 untuk Manchester City sebelum Nico O’Reilly menggandakan kedudukan pada minit ke-30 hasil bantuan Semenyo.

Advertisement

Erling Haaland menjaringkan gol ketiga City sebelum separuh masa pertama tamat sekaligus memastikan tiada lagi jaringan tambahan terhasil oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat pelrawanan.

Kemenangan ini membantu Manchester City terus mengekori pendahulu liga dengan mengurangkan jurang mata dengan pasukan di tangga teratas.

Semenyo, pemain baru yang menyinar, terus menunjukkan prestasi hebat sejak sertai City, sementara Haaland mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu penyerang terbaik dalam liga.

Untuk rekod, Man City telah mengumpul 53 mata selepas 26 perlawanan, tiga mata di belakang Arsenal yang berkelebihan satu perlawanan.

 

Must Watch Video