Skip to main content

Sukan

Final Piala Dunia 2026: Pemain Sepanyol-Argentina gaduh sebaik perlawanan tamat

Spain's Gavi, left, falls as he scuffles with Argentina's Leandro Paredes (5) and Thiago Almada during the World Cup final soccer match between Spain and Argentina in East Rutherford, N.J., near New York, Sunday, July 19, 2026. (AP Photo/Yuki Iwamura)
Gavi (kiri) terjatuh ketika bergelut dengan pemain lawan Leandro Paredes (5) dan Thiago Almada semasa perlawanan Piala Dunia antara Sepanyol dan Argentina di East Rutherford, New Jersey, dekat New York, 19 Julai 2026. (Foto AP)
Advertisement

INSIDEN pergaduhan antara pasukan Sepanyol dan Argentina terjadi sejurus wisel penamat final Piala Dunia 2026 dibunyikan, sekali gus mencetuskan pertengkaran besar.

Kelihatan bintang Argentina, Leandro Paredes, tidak berpuas hati dengan pertahanan Sepanyol, Eric Garcia, sebelum menolak Gavi jatuh membangkitkan lagi kemarahan La Roja.

Punca sebenar kepada situasi tersebut tidak diketahui, namun ramai beranggapan ia adalah daripada provokasi oleh pemain-pemain terbabit.

Juara bertahan gagal mempertahankan kejuaraan kali kedua berturut-turut, dan menyaksikan Sepanyol diangkat selaku juara selepas 2010 hasil jaringan minit akhir oleh Ferran Torres.

 

Must Watch Video

Advertisement