Skip to main content

Sukan

Glasgow 2026: Erma Firyana, pairs lelaki mulakan kempen dengan kemenangan

GLASGOW, 29 Julai -- Pemain boling padang nombor satu dunia wanita negara Emma Firyana Saroji beraksi ketika menentang pemain Isle of Man, Caroline Whitehead, pada perlawanan singles wanita di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Scottish Event Campus (SEC) hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Emma Firyana Saroji beraksi ketika menentang Caroline Whitehead dari Isle of Man pada perlawanan singles wanita di Sukan Komanwel Glasgow 2026. - Gambar Bernama
Advertisement

GLASGOW: Pemain nombor satu dunia, Emma Firyana Saroji memulakan kempen Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan langkah kanan apabila memenangi saingan peringkat kumpulan acara boling padang singles wanita hari ini.

Dalam saingan berlangsung di Scottish Event Campus (SEC) di sini, atlet berusia 39 tahun itu membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri menewaskan Caroline Whitehead dari Isle of Man 2-0, selepas meraih mata maksimum dalam perlawanan pertama.

Momentum positif kontinjen negara diteruskan dalam acara pairs lelaki apabila gandingan Amirul Danial Abdul Rahim-Mohammad Soufi Rusli berjaya melepasi cabaran sengit pasangan Troy Lorimer-Shaun James Parnis dari Malta.

Pasangan negara yang terikat 1-1 selepas tamat permainan masa sebenar, kekal tenang dalam menempuh perlawanan penentuan tie-break sebelum mengesahkan kemenangan 2-0.

Emma Firyana dijadualkan menentang wakil Zambia, Mildred Mkandawire esok, manakala Amirul Danial-Mohammad Soufi akan berdepan pasangan Jersey, Ross Davis-Malcolm de Sousa.

Terdahulu hari ini, kem boling padang negara meraih dua pingat perak acara pairs wanita menerusi gandingan Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Izzat Shameer Dzulkeple dalam acara singles lelaki.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement