Skip to main content

Sukan

Glasgow 2026: Izzat Shameer, pairs wanita tempah slot final boling padang

GLASGOW, July 23 -- Malaysia's men's singles lawn bowls player Izzat Shameer Dzulkeple in action against Cecil Alexander of the Falkland Islands at the Glasgow 2026 Commonwealth Games at the Scottish Event Campus (SEC) today.  Izzat won the match 10-3, 7-4.  --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Izzat Shameer ketika beraksi menentang Cecil Alexander dari Kepulauan Falkland pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Scottish Event Campus (SEC). - Foto BERNAMA
Advertisement

GLASGOW: Malaysia mengintai dua pingat emas lagi menerusi acara boling padang selepas Izzat Shameer Dzulkeple dan gandingan wanita negara melangkah ke perlawanan akhir Sukan Komanwel Glasgow 2026 hari ini.

Pada aksi di Scottish Event Campus (SEC) di sini, Izzat Shameer mengesahkan tempat ke final Singles lelaki apabila menewaskan Aaron Wilson dari Australia 1-0 dalam penentuan tie-break, selepas kedua-dua pemain terikat 1-1.

Momentum cemerlang kem boling pada Malaysia diteruskan gandingan wanita Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman yang turut menempat slot final selepas mengharungi pertembungan sengit dalam acara Pairs wanita.

Pasangan negara mengetepikan Chloe Wilson-Shauna O’Neill dari Ireland Utara selepas memenangi perlawanan penentuan tie-break 1-0, setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan.

Izzat Shameer dijadual berdepan wakil England, Sam Tolchard esok, manakala Aleena-Syafiqa akan mencabar Amy Pharaoh-Sian Honnor juga dari England.

Kejayaan menempah dua slot perlawanan akhir menyaksikan Malaysia meneruskan usaha memburu pingat emas sekali gus berpotensi melakar detik gemilang kontinjen negara di Glasgow 2026.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement