Skip to main content

Sukan

Iran pindah kem latihan Piala Dunia ke Mexico dengan kelulusan FIFA

Soccer Football - Iran players and staff in Ankara for VISA procedures ahead of the World Cup - Ankara, Turkey - May 21, 2026 Iran players and staff at Ankara Esenboga Airport for VISA procedures ahead of the World Cup REUTERS/Dilara Senkaya
Pemain dan pegawai pasukan Iran berada di Lapangan Terbang Ankara Esenboga bagi urusan visa menjelang kejohanan Piala Dunia. - Foto REUTERS

TEHRAN: Pasukan bola sepak Iran akan berpangkalan di bandar Tijuana, Mexico, semasa Piala Dunia tahun ini selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) meluluskan permohonan mereka untuk memindahkan kem latihan dari Arizona, Amerika Syarikat (AS).

Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj, berkata pemindahan itu bertujuan mengelakkan komplikasi berkaitan visa susulan konflik antara AS dan Israel dengan Iran.

โ€œKami akan berpangkalan di kem Tijuana, berhampiran Lautan Pasifik dan di sempadan Mexico-AS,โ€ katanya dalam satu kenyataan video.

Menurut Taj, keputusan berpindah ke Mexico membolehkan pasukan Iran terbang terus dari negara mereka tanpa berdepan isu visa ke AS, selain memberikan lebih jaminan dari segi keselamatan dan logistik.

Sebelum ini, Iran dilaporkan berdepan ketidakpastian berbulan-bulan berkaitan urusan perjalanan menjelang kejohanan yang dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico.

Malah, pegawai Iran sebelum ini memaklumkan bahawa pemain dan staf mereka masih belum memperoleh visa AS walaupun kejohanan hampir bermula.

Iran dijadualkan membuka kempen Kumpulan G menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun, diikuti perlawanan menentang Belgium pada 21 Jun di venue sama.

Mereka kemudian akan berdepan Mesir pada 26 Jun di Seattle.

Menurut Taj, lokasi Tijuana lebih dekat ke Los Angeles berbanding kem latihan asal di Arizona, dengan masa penerbangan sekitar 55 minit.

Iran dijadualkan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Gambia pada 29 Mei sebelum jurulatih Amir Ghalenoei mengumumkan senarai akhir 26 pemain, selaras dengan tarikh akhir FIFA pada 1 Jun.

Piala Dunia 2026 dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai.

Langkah memindahkan kem latihan ini dilihat sebagai strategi penting bagi memastikan persiapan pasukan berjalan lancar di tengah cabaran geopolitik dan logistik yang dihadapi Iran menjelang kejohanan utama bola sepak dunia itu.
 

Must Watch Video

Advertisement