Skip to main content

Sukan

Kejohanan Badminton Dunia: Aaron-Wooi Yik selangkah rampas gelaran juara dunia

Sumber: BERNAMA
Ini penampilan kedua Aaron-Wooi Yik pada pentas final Kejohanan Dunia selepas kali pertama pada edisi 2022. - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini hanya selangkah lagi untuk kembali bergelar juara dunia selepas mara ke final Kejohanan Badminton Dunia dengan menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, pasangan ranking keempat dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk menundukkan lawan mereka menerusi kemenangan straight set 21-17, 21-18 dalam tempoh 43 minit.

Menanti Aaron-Wooi Yik pada perlawanan akhir hari ini ialah pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang dan wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan yang dijadual berlangsung awal pagi ini.

Untuk rekod, ini penampilan kedua Aaron-Wooi Yik pada pentas final Kejohanan Dunia selepas kali pertama pada edisi 2022, yang menyaksikan mereka mencipta sejarah muncul beregu lelaki pertama negara bergelar juara dunia.

Kali terakhir Malaysia meraih gelaran juara dunia adalah pada edisi tahun lepas menerusi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement