Skip to main content

Sukan

Piala ASEAN FIFA 2026: Undian sukar buat Harimau Malaya - Cheng Hoe

SEPANG, 30 Julai -- Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya Tan Cheng Hoe ketika ditemu bual sebelum berlepas ke Thailand bagi saingan ketiga kumpulan Piala Hyundai ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.  Harimau Malaya akan menentang Thailand dalam saingan Kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya Tan Cheng Hoe ketika ditemu bual sebelum berlepas ke Thailand bagi saingan ketiga kumpulan Piala Hyundai ASEAN di KLIA hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

SEPANG: Ketua jurulatih interim Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui undian Piala ASEAN FIFA 2026 di Jakarta, Indonesia dari 24 Sept hingga 3 Okt meletakkan Malaysia pada laluan sukar.

Beliau berkata Malaysia akan menghadapi saingan sengit apabila pasukan dalam Kumpulan A Divisyen 1, iaitu Indonesia, Singapura dan India memiliki kekuatan tersendiri.

“Tuan rumah Indonesia yang dilihat menjadi pasukan pilihan antara pencabar utama untuk merebut gelaran. 

“Kita juga tidak boleh memandang rendah Singapura yang sedang dalam persiapan untuk Piala Asia selain India juga dalam kumpulan ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Piala ASEAN FIFA 2026 ialah kejohanan sulung dikelolakan di bawah kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus menawarkan peluang untuk setiap pasukan mengumpul mata ranking dunia.

Kumpulan B pula dianggotai Vietnam, Pakistan, Thailand dan Filipina.

Bagi format pertandingan, tiada aksi separuh akhir akan dijalankan.

Juara setiap kumpulan akan terus layak ke perlawanan akhir manakala naib juara kumpulan bakal beraksi untuk penentuan tempat ketiga.

Juara Divisyen 1 bakal membawa pulang hadiah lumayan berjumlah USD1,000,000.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement