Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Durian runtuh! Pasukan Afrika Selatan terima barang kemas, jam mewah usai berjaya dapat satu mata

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group A - Czech Republic v South Africa - Atlanta Stadium, Atlanta, Georgia, U.S. - June 18, 2026 South Africa's Teboho Mokoena celebrates scoring their first goal from the penalty spot with teammates REUTERS/Bernadett Szabo
Pasukan ranking ke-61 dunia itu akan menghadapi gergasi Asia, Korea Selatan, esok sebagai perlawanan terakhir. - Foto Reuters
Advertisement

PASUKAN Afrika Selatan menerima durian runtuh berupa hadiah lumayan menjadi kaya raya dalam sekelip mata meskipun belum menghabiskan aksi peringkat kumpulan dan sedang merebut penentuan ke peringkat seterunya.

Selepas tewas dalam perlawanan pembukaan kepada tuan rumah, Mexico, pasukan Bafana Bafana itu berjaya mengikat Czechia 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia 2026, sekali gus meraih mata pertama sejak 2010.

Usai tamat aksi tersebut, para pemain termasuk staf pasukan dikurniakan penghargaan besar mendapat barangan kemas dan jam tangan berjenama mewah bernilai lebih RM207,025.00.

Pasukan ranking ke-61 dunia itu akan menghadapi gergasi Asia, Korea Selatan, esok sebagai perlawanan terakhir bagi menghidupkan peluang sekurang-kurangnya selaku tempat ketiga terbaik.

Untuk rekod, sejak kali pertama menyertai kejohanan bola sepak paling berprestij itu, Afrika Selatan tidak pernah mara ke pusingan kalah mati. -- Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement