Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Messi terkeluar daripada kesebelasan utama

41721700543_LionelMessiMLS.jpg
Lionel Messi. - Gambar fail
Advertisement

JURULATIH Argentina, Lionel Scaloni, mengesahkan bekas bintang Barcelona, Lionel Messi, tidak akan bermula, sebaliknya berada dalam senarai di bangku simpanan, tatkala menentang Jordan dalam perlawanan terakhir Kumpulan F Piala Dunia 2026 di Dallas, esok.

Pemain utama Inter Miami itu telah menjaringkan lima gol yang turut menjadi lima gol pasukannya dalam kemenangan ke atas Algeria dan Austria ketika Argentina menempah tempat ke pusingan kalah mati meskipun berbaki satu lagi aksi kumpulan.

"Dia akan bermula di bangku simpanan," kata Scaloni.

"Saya menjawab kerana anda berhak mendapat jawapan yang ikhlas.

"Leo akan beraksi sedikit lewat.

"Mereka yang bermain esok berhak beraksi, kerana mereka adalah sebahagian daripada pasukan.

"Saya ingin memberi semua pemain minit permainan kerana mereka layak mendapatkannya. Mereka juga pemain yang hebat.

"Jika anda memakai jersi dan bermain, tidak penting sama ada anda bermain dalam perlawanan yang penting untuk mata atau tidak. Anda akan melakukan yang terbaik untuk menang, tiada apa yang berubah."

 

 

Juara bertahan itu akan berdepan pasukan naib juara Piala Asia 2023 yang telah tersingkir selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam penampilan pertama mereka dalam Piala Dunia.

"Jordan biasanya bermain dengan lima pertahanan dan kami terbuka kepada kemungkinan bahawa, jika kami menghadapi beberapa kesukaran, kami mungkin perlu bergerak sedikit berbeza," katanya.


 

Must Watch Video

Advertisement