Skip to main content

Sukan

Rasmi: Sah! Selepas jaring 13 gol, bintang JDT ini angkat kaki

Tular mengenai status pemain import kelahiran Sepanyol, Teto Martin, yang difahamkan berpotensi meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang Liga Malaysia (Liga-M) musim 2026/27._Stadium Astro
Teto Martin. - Foto Stadium Astro
Advertisement

TANDA tanya mengenai spekulasi pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT), Teto Martin, terjawab apabila sah meninggalkan kelab itu dan menyertai CE Europa dari Sepanyol selepas diumumkan secara rasmi semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Fergus Tierney, Moussa Sidibe, Park Jun-heong, Raul Parra dan Heberty Fernandes antara yang sudah meninggalkan Stadium Sultan Ismail (SSI) sebelum musim bermula.

Lebih mencuri tumpuan, nombor jersi yang digunakan sebelum ini -- 20 -- telah menjadi milik pemain baharu iaitu Dani Bolt yang ditandatangani pada minggu lalu.

Martin sempat menikmati pencapaian gemilang bersama Harimau Selatan apabila pernah menyumbat hatrik dalam satu perlawanan, selain merekodkan 13 gol walaupun sekadar sempat beraksi satu musim.

 

Ini bermakna, dia memilih untuk kembali ke negara asalnya berbanding pengalaman bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia (ACLE) bersama skuad kendalian Xisco Munoz musim ini.

Kemas kini laman transfermarkt menyaksikan perpindahan Teto Martin dari juara Liga Super itu ke pasukan baharunya adalah secara percuma. 

 

 

Must Watch Video

Advertisement