PERISTIWA sama berulang kembali? Aduan bakal dikemukakan.
Kelab terkemuka Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN), menerima tamparan hebat apabila melakukan kesalahan berat menurunkan pemain tidak sah sewaktu perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL2) di tempat sendiri, minggu lalu.
Advertisement
Ia, sekali gus menimbulkan persoalan dan difahamkan bahawa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah dimaklumkan dan sedang meneliti perkara itu untuk menyiasat dan menjatuhkan hukuman berat ke atas pasukan tersebut.
Menurut sumber, CAHN membenarkan dua pemain, Stefan Mauk dan China, beraksi menentang Tampines Rovers walaupun sepatutnya menjalani penggantungan berikutan mengutip tiga kad kuning sebelum ini.
Meskipun wakil Singapura itu tewas 0-4, namun mereka berpotensi memiliki kelebihan menjelang aksi timbal balik kedua sekiranya AFC segera memutuskan hukuman wajar.
Agregat CAHN bakal ditarik dan Tampines Rovers seakan mendapat peluang kedua tatkala boleh meraih kemenangan percuma 3-0.
Kejadian sama pernah berlaku dalam kempen ini pada musim lalu. Gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima, mengalami nasib sama apabila menurunkan pemain tidak sah, sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada Lion City Sailors (LCS) meskipun pada awalnya Sanfrecce memenangi aksi 6-1.
Tidak dilupakan, situasi ini sedikit-sebanyak mengingatkan kepada PDRM yang menurunkan pemain tidak berkelayakan, Mohd Safiee Ahmad, yang sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan.
Selangor terus diberikan kemenangan 3-0 oleh sebab perkara itu sebelum menjulang trofi MFL Challenge Cup musim lalu.
- Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com