Skip to main content

Sukan

Stadium Tuanku Syed Putra tuan rumah baharu Imigresen FC

KANGAR, 17 Mei -- Projek naik taraf Stadium Tuanku Syed Putra yang membabitkan kos sebanyak RM7.63 juta telah siap 100 peratus dan dijangka dapat dimanfaatkan untuk penganjuran pelbagai aktiviti sukan.  --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis kini menjadi tempat perlawanan pasukan tuan rumah baharu buat pasukan Imigresen FC bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2025-2026 berkuat kuasa serta-merta.

Imigresen FC sebelum ini beraksi di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Advertisement

Perkembangan itu disahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook semalam.

“Pindaan tempat perlawanan ini dibuat atas permohonan Imigresen FC dan telah mendapat kelulusan MFL selepas pemeriksaan dijalankan pada 4 Feb 2026, berikutan tempat perlawanan asal tidak dapat digunakan bagi perlawanan sebelah malam,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MFL memaklumkan perlawanan melibatkan Kelantan The Real Warriors FC selaku tuan rumah pula akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor berbanding Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu sepanjang bulan Ramadan kali ini.

“Pindaan tempat perlawanan ini adalah kerana Warta Negeri Kelantan yang telah menetapkan tiada aktiviti sukan dan hiburan dibenarkan di negeri itu sepanjang bulan Ramadan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video