Skip to main content

Sukan

Terbuka Arctic: Zii Jia mara ke suku akhir

Lee Zii Jia. - Gambar fail/BERNAMA
Lee Zii Jia. - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Arctic 2026 di Vantaa, Finland semalam.

Pemain ranking ke-56 dunia dan juara edisi 2023 itu mengambil masa 46 minit untuk menewaskan Su Li Yang dari Taiwan 21-17, 21-12 pada pusingan kedua Super 500 yang berlangsung di Energia Arena.

Bagaimanapun, Zii Jia yang tidak diletakkan sebagai pemain pilihan berdepan dengan cabaran getir hari ini apabila beliau dijadualkan berdepan pemain pilihan kedua dari Perancis, Christo Popov.

Popov terlebih dahulu menewaskan wakil India, Tharun Mannepalli 21-14, 21-19. 

Sementara itu, beregu campuran negara Jimmy Wong-Cheng Su Yin terpaksa akur apabila tersingkir selepas gagal mengekalkan rentak kemenangan pada set pertama 21-19 sebelum tewas kepada gandingan Jepun, Akira Koga-Natsu Saito 7-21, 11-21.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement