Skip to main content
Advertisement

Sukan

[TERKINI] Sukan Asia: Atlet karate Shahmalarani butir emas ketiga negara!

Karate terus membutirkan pingat emas kejutan dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila Ratu karate negara, C. Shahmalarani, mengungguli acara kumite wanita B-50kg di Gimnasium Toyohashi sebentar tadi.
Keempat-empat juri kemudian sebulat suara memilih Shahmalarani sebagai pemenang pingat emas berdasarkan siri serangan yang cuba dilakukannya. - Stadium Astro
Advertisement

KARATE terus membutirkan pingat emas kejutan dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila Ratu karate negara, C Shahmalarani, mengungguli acara kumite wanita B-50kg di Gimnasium Toyohashi sebentar tadi.

Berdepan lawan veteran dari Hong Kong, Tsang Yee Ting, dalam aksi final, kedua-dua karateka itu mempamerkan aksi berhati-hati dan amat jarang melakukan serangan sehingga mendapat amaran daripada shushin.

Menuju ke saat-saat terakhir barulah kedua-dua mereka melepaskan serangan dengan Shahmalarani menyasarkan Ippon dan Yee Ting pula memburu Yuko.

Keputusannya terpaksa ditentukan oleh semakan video tetapi masih belum dapat menentukan siapa pemenang sebenar.

Keempat-empat juri kemudian sebulat suara memilih Shahmalarani sebagai pemenang pingat emas berdasarkan siri serangan yang cuba dilakukannya menuju ke penghujung pertarungan.

Sebagai rekod, ia merupakan pingat emas kedua dibutirkan sukan Karate selepas Adeola Fay Robert mengungguli acara Kumite B-55kg wanita semalam. -- Stadium Astro
 

Must Watch Video

Advertisement