Skip to main content

Sukan

UCL: PSG belasah Chelsea 3-0, mara ke suku akhir dengan agregat 8-2

PSG's Khvicha Kvaratskhelia, right, celebrates with PSG's Achraf Hakimi after scoring his side's opening goal during the Champions League soccer match between Chelsea and Paris Saint-Germain in London, England, Tuesday, March 17, 2026. (AP Photo/Kin Cheung)
Khvicha Kvaratskhelia (kanan) dan Achraf Hakimi meraikan jaringan gol pembukaan ketika perlawanan UCL antara Chelsea dan Paris Saint-Germain di London, England, 17 Mac 2026. (Foto AP)

JUARA bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi dominan apabila membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), sekali gus mara dengan agregat besar 8-2.

Beraksi di Stamford Bridge, PSG tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Khvicha Kvaratskhelia menjaringkan gol seawal minit keenam hasil kesilapan pertahanan Chelsea.

Advertisement

Gol awal itu terus mematikan semangat tuan rumah yang sudah pun ketinggalan selepas aksi pertama.

Pelawat menggandakan kelebihan menerusi Bradley Barcola pada minit ke-15 sebelum pemain muda Senny Mayulu melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga pada babak kedua.

Chelsea yang sebelum ini tewas 2-5 pada aksi pertama gagal mencipta kebangkitan, malah terus bergelut mengekang serangan PSG sepanjang perlawanan.

Kekalahan agregat 8-2 itu menyaksikan The Blues mencatat antara keputusan paling buruk dalam sejarah mereka di pentas Eropah, selain menunjukkan jurang ketara antara kedua-dua pasukan.

Lebih malang, Chelsea turut berdepan detik cemas apabila pemain pertahanan mereka mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar, sekali gus menambah derita pasukan tuan rumah.

Kemenangan bergaya itu mengesahkan status PSG sebagai antara pasukan pilihan utama untuk mempertahankan kejuaraan, selain menghantar amaran jelas kepada pencabar lain di Eropah.

Mereka kini melangkah ke suku akhir dan bakal berdepan pemenang antara Liverpool atau Galatasaray dalam usaha meneruskan kemaraan ke pentas final.

 

Must Watch Video