SUKAN
10 peringkat menonton Piala Dunia 2014 sebagai seorang warga Malaysia

Kegilaan melanda terhadap temasya yang hanya muncul empat tahun sekali
Piala Dunia 2014 membuka tirai dengan jayanya dengan pelbagai perlawanan peringkat kumpulan telah diadakan dan disini kita ingin melihat bagaimana rakyat Malaysia mengikuti perkembangan acara yang berlangsung empat tahun sekali ini.
Rakyat Malaysia sememangnya sangat riuh apabila memperkatakan mengenai bola sepak. Jelas, ketiadaan penyertaan pasukan Malaysia dalam Piala Dunia tidak menghentikan peminat bola sepak (dan bukan peminat juga) daripada terus menonton temasya tersebut.
Tiada Harimau Malaya? Tiada masalah!
1. Memilih pasukan mana yang hendak disokong

piala dunia
Tanpa mengira kewarganegaraan (itulah yang anda terima apabila bola sepak di negara ini tidak banyak berubah sepanjang 30 tahun), terdapat kencintaan yang bebas dalam memilih pasukan mana yang akan disokong.
Apabila ditanya pasukan mana yang disokong, kita akan terdengar jawapan-jawapan cliche yang menunjukkan mereka ini sebenarnya tidak begitu mengikuti perkembangan bola sepak.
Tidak kira ianya, Brazil ataupun Jerman, kita akan pasti terdengar jawapan stereotaip ini dan untuk peminat bola sepak Malaysia yang kasual, tidak perlu pada mereka untuk melakukan kajian terhadap pasukan mana yang bagus.
2. Menonton pasukan yang anda sokong

fifa
Namun, apakan daya anda terlepas juga perlawanan tetapi tidak mengapalah , masih ada perlawanan lain juga. Mungkin, anda boleh mula untuk mengkaji formasi pasukan Honduras.
3. Tiba-tiba pasukan anda tersingkir

fifa
Jadi, anda berjaga untuk perlawanan pada jam 3 pagi hanya untuk melihat kekalahan Brazil kepada Costa Rica dengan pelbagai peluang di hadapan gol disia-siakan. Malah, Neymar hanya berminat untuk menguruskan fesyen rambutnya berbanding melakukan rembatan-rembatan padu ke gawang.
Malah, yang paling memeritkan penjaga gol Costa Rica yang berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan. Anda berasa kecewa dan pada paginya anda memberitahu pejabat anda bahawa anda tidak sihat walhal anda sedang berdepan dengan kekecewaan terhadap harapan nasional yang palsu dan sebenarnya anda berasa sangat malas untuk bekerja pada waktu pagi.
4. Menyumpah seranah terhadap zon masa

fifa
5. Muncul di pejabat/kelas/pilates

fifa
Apa jua terjadi anda tetap muncul di pejabat pada keesokkan harinya dan untuk menyegarkan anda sudah tentu anda memerlukan lebih daripada kopi untuk mengelakkan anda daripada menjadi zombi.
Tiba-tiba, bos anda dengan memakai baju Costa Rica tiba di pejabat sekitar jam 11.30 pagi (dia bos, dia punya suka nak masuk jam berapa pun) dengan perasaan girang (bajunya itu sudah tentu original kerana dia berpendapatan lebih daripada anda) dan dengan senyuman berbaur sindiran dia bertanya “Hey, adakah awak tonton perlawanan semalam?”.
6. Memilih pasukan lain untuk disokong selepas pasukan awal yang dipilih tersingkir

fifa
Tidak jadi hal, bukan? Lagipun setelah ‘pasukan’ anda ‘bungkus’, anada hanya memerlukan satu lagi pasukan untuk disokong kerana final sudah semakin hampir. Anda hanya perlu melihat kepada pemain dan pilihlah pemain yang sangat mempunyai stereotaip yang sangat anda minati. (Belanda sangat terkenal dengan kemahiran ‘Total Football’), atau pun anada memilih pemain yang sangat kacak. Sekali lagi siapa perlukan penelitian mendalam? Kita sebagai warga Malaysia tidak pernah meletakkan pengetahuan sebagai penghalang untuk kita mendapatkan cliche yang terbaik.
7. Teruja dengan peringkat suku akhir, separuh dan akhir

fifa
Anda sangat yakin bahawa pasukan kedua kegemaran anda ini akan berjaya tahun ini dan anda berpegang pada statistik dan rekod-rekod Piala Dunia yang lalu.
Malah anda meramalkan bahawa Itali akan bermain secara perlahan, Colombia bermain secara kotor dan Jerman akan menang sepakan penalti. Bukankah rakyat Malaysia sangat suka dengan stereotaip mereka.
8. Apa akan jadi jika pasukan kedua anda juga tersingkir?

fifa
9. Perlawanan akhir!

fifa
Detik ini merupakan detik yang ditunggu oleh setiap warga di dunia setiap empat tahun dan ianya telah kembali. Anda berjaya mendapat cuti pada keesokkan hari setelah perlawanan akhir itu dan bos anda juga akhirnya tidak begitu mengambil peduli terhadap Piala Dunia setelah pasukan kegemarannya, Costa Rica turut tersingkir. (dipercayai kerana kealpaan pertahanan yang begitu silau dengan pancaran lampu limpah stadium yang reflek ke atas kepada botak Arjen Robben).
Sekali lagi, Robin van Persie menyerlah tandukan terbangnya untuk meraih kemenangan dan tekanan permainan itu semakin memuncak. (adalah ianya disebabkan oleh cuaca atau pun jerebu yang mula membuat penampilan semula).
Setelah perlawanan berakhir, anda merasakan emosi yang sangat besar apabila sejarah tercipta dan anda adalah sebahagian daripadanya.
Mulai sekarang, anda berjanji akan terus mengikuti perkembangan boal sepak negara Belanda/Itali/Jerman/Mexico meskipun anda ini tidaklah meminati bola sepak sangat pun.
10. Pagi selepas itu

fifa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami