KAPTEN skuad negara, Safiq Rahim, bersama 13 pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) digugurkan daripada skuad negara kononnya atas desakan penyokong yang mempersoalkan prestasi mereka selain digantikan dengan sembilan nama baharu yang sudah memulakan latihan, pada Jumaat.
Ketika Malaysia dalam persediaan terbang ke Lubnan bagi aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019, skuad negara dikejutkan dengan keputusan drastik pengguguran 14 pemain JDT, dengan majoritinya dalam kesebelasan utama ketika aksi bertemu Mongolia malam Khamis.
Ia kedengaran seperti tidak masuk akal, namun jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, menegaskan keputusan itu dibuat atas desakan penyokong negara yang mempersoalkan kemampuan pemain JDT mempamerkan aksi longlai semalam selain membuka ruang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan.
"Memandangkan terdapat pihak yang menyifatkan jurulatih bersifat pilih kasih dalam memilih pemain, kali ini kami cuba mengikut kata-kata peminat bola sepak tanah air," kata Cheng Hoe.
Dalam perkembangan berbeza, sembilan nama baru telah dipanggil dan memulakan sesi latihan, pada Jumaat.
Mereka ialah Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur), Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC), Jafri Firdaus Chew, Shahril Saari (PKNS FC), R Kogileswaran (Pahang), Nor Hakim Hassan, Nazirul Naim Che Hashim, Syazwan Zaipol (Perak) dan Syawal Nordin (Kedah).
Malaysia akan berdepan aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 dan sebarang keputusan yang berlaku sekurang-kurangnya mampu memperbaiki ranking negara yang kian merudum.
Namun, pengguguran 14 pemain yang majoritinya merupakan pemain utama negara menambah kebuntuan yang sedang dihadapi badan induk itu.
"Walaupun kami telah tidak layak ke Piala Asia, saya mahu memastikan para pemain memberikan tumpuan dan menampilkan persembahan yang terbaik ketika bertemu Lubnan," katanya.
Astro Arena
Fri Mar 23 2018
Dalam perkembangan berbeza, sembilan nama baru telah dipanggil dan memulakan sesi latihan, pada Jumaat. - Gambar fail
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.