SUKAN
2 jurulatih Malaysia perkukuh barisan kejurulatihan Persis Solo musim 2025/2026

Mohamad Zulhazman Zulazwar (kiri) dan Khairulanwar Md Isa perkukuh barisan kejurulatihan kelab Indonesia Persis Solo. - Foto Akaun X Persis Solo
JAKARTA: Dua jurulatih dari Malaysia telah disahkan menyertai kelab bola sepak Persis Solo sebagai langkah strategik untuk memperkukuh barisan kejurulatihan kelab Liga 1 Indonesia menjelang musim 2025/2026.
Ringkasan AI
- Dua jurulatih Malaysia, Mohamad Zulhazman dan Khairulanwar Isa, sertai kelab Persis Solo sebagai penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan, bersama ketua jurulatih Peter de Roo.
- Pengalaman luas kedua-dua jurulatih di Malaysia dan luar negara dijangka menyumbang kepada persiapan pramusim kelab Liga 1 Indonesia yang berpusat di Solo.
- Musim 2025/2026 Liga 1 Indonesia bermula 8 Ogos dan berakhir 10 Mei 2026, dengan rehat pertengahan musim sempena Sukan SEA di Thailand.
Beliau pernah bekerja dengan Peter de Roo semasa de Roo berkhidmat sebagai pengarah teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menurut kelab menerusi hantaran di platform X.
"Saya berbesar hati menyertai Persis dan kembali bekerjasama dengan Coach Peter. Saya percaya dengan visi kelab ini dan bersedia memberikan komitmen penuh," kata Zulhazman.
Khairulanwar, yang berpengalaman dalam bidang kecergasan dan sains sukan bersama Selangor FC, Felcra FC dan Kuala Lumpur City FC, kini memulakan penampilan profesional pertamanya di luar negara.
"Saya teruja menyertai Persis. Ini adalah cabaran baharu dan saya bersedia menyesuaikan diri dengan budaya bola sepak Solo," katanya.
Kedua-dua jurulatih akan memulakan tugas dalam masa terdekat untuk persiapan pramusim kelab berpusat di Solo atau juga dikenali sebagai Surakarta yang terletak di Jawa Tengah.
Ditubuhkan pada 1923, kelab yang beraksi di Stadium Manahan berkapasiti 20,000 tempat duduk menamatkan saingan di tangga ke-7 musim lalu dan berjaya meraih tempat ketiga dalam Piala Presiden.
Musim Liga 1 Indonesia 2025-26 bakal bermula 8 Ogos dan berakhir 10 Mei 2026, termasuk rehat pertengahan musim dari 7 hingga 19 Disember bagi memberi laluan kepada Sukan SEA di Thailand.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami