Seramai 26 peninju Muay Thai dari dalam dan luar negara akan menyertai kejohanan Gegar Boxing Pantai Timur yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pantai Irama, Bachok pada 29 dan 30 Mac depan.
Pengarah kejohanan, Datuk Fauzwi Ismail berkata, kejohanan itu menjadi platform untuk petinju negara, khususnya dari Kelantan, untuk mengasah bakat dalam sukan itu.
"Kejohanan ini merupakan terbuka Pantai Timur yang mana ia turut disertai oleh peninju dari luar Kelantan untuk memberikan saingan kepada peninju di negeri ini.
"Peninju dari luar negara juga akan menyertai kejohanan ini iaitu dari Thailand, Uzbekistan dan Myanmar," katanya pada sidang media promosi dan memperkenalkan barisan petinju di sini, hari ini.
Fauzwi berkata kejohanan dianjurkan Pertubuhan Penyatuan Ummah Dan Ekonomi (IKATAN) dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persatuan Boksing Negeri Kelantan.
Antara negeri yang akan turut menghantar wakil ialah Kuala Lumpur, Terengganu dan Kedah manakala antara petinju luar negara yang dijangka menjadi tumpuan ialah Majid Bagheri, Kambiz Warriors (Uzbekistan), dan Ebroheng Yeekaroba (Thailand).
Penganjur menyasarkan 10,000 penonton pada sepanjang kejohanan, katanya.
"Kita akan teruskan dan anjurkan kejohanan-kejohanan seumpama ini bagi memberikan pendedahan kepada bakat-bakat baharu di negeri ini (untuk) ke peringkat yang lebih tinggi," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 04 2019
Fauzwi berkata, kejohanan itu menjadi platform untuk petinju negara, khususnya dari Kelantan, untuk mengasah bakat dalam sukan itu. - Gambar hiasan
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Pelajar M40 kurang berkemampuan layak terima Program Siswa Sulung
Program Siswa Sulung tidak terhad kepada pelajar daripada keluarga B40 sahaja, sebaliknya golongan M40 yang kurang berkemampuan juga boleh menerima manfaat program itu, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Malaysia kekal hubungan baik dengan Barat dan Timur - PM
Malaysia kekal teguh dengan pendirian untuk mengekalkan hubungan baik dan bebas dengan negara-negara Barat dan Timur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, Malaysia tetap konsisten dalam isu-isu kemanusiaan dan keadilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, Malaysia tetap konsisten dalam isu-isu kemanusiaan dan keadilan.
“Kita perlu belajar tentang dunia dalam talian ini” - YB Kluang
Ahli Parlimen Kluang mencadangkan ahli Dewan Rakyat untuk belajar tentang dunia dalam talian supaya dapat mengubal akta rang undang-undang yang sesuai.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
26 peninju sertai kejohanan Muay Thai Gegar Boxing Pantai Timur
Seramai 26 petinju Muaythai dari dalam dan luar negara akan menyertai kejohanan Gegar Boxing Pantai Timur yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pantai Irama, Bachok pada 29 dan 30 Mac depan.