LANGKAWI: Seramai 28 atlet profesional akan bersaing dalam Kejohanan Asia Pasifik Ironman 70.3, yang akan berlangsung di Langkawi, Sabtu ini bagi merebut slot kelayakan Kejohanan Dunia di Taupo, New Zealand pada Disember tahun hadapan.
Pengarah Serantau Asia Ironman Group CG Lim berkata penganjuran kejohanan kali pertama di Malaysia itu, akan menawarkan enam slot kelayakan Kejohanan Dunia kepada tiga atlet profesional lelaki dan tiga atlet profesional wanita.
"Sebenarnya kita telah cuba untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Asia Pasifik Ironman 70.3 ini pada tahun 2020, namun terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19...tetapi apabila ia dapat dilaksanakan tahun ini, ia bakal menjadikan Ironman dan Pulau Langkawi, lebih dikenali selepas ini.
"Seramai 19 atlet profesional lelaki dan sembilan atlet profesional wanita akan bersaing pada kejohanan Sabtu ini, dan jumlah atlet yang terlibat tahun ini boleh dikatakan ramai dan ia pasti memberi cabaran yang cukup besar kepada semua para atlet yang bersaing," katanya pada sidang media di sini semalam.
Mereka akan berentap bersama beberapa atlet triatlon terkemuka rantau ini, bagi merebut hadiah wang tunai AS$75,000 (RM350,000) membabitkan disiplin renang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal (90km) dan larian (21.1km).
Sementara itu, Amelia Watkinson atlet New Zealand yang telah memenangi tempat pertama dan kedua di Ironman Cairns, Kejohanan Asia Pasifik Australia dua tahun berturut iaitu 2020 dan 2021 berkata cuaca panas dan lembab merupakan sebahagian daripada cabaran, tetapi ia seperti dekat dengan negaranya.
"Laluan perlumbaan ini menarik, cepat dan rata, tetapi ia lebih mencabar bagi saya. Saya harap saya akan dapat menamatkan kejohanan ini dengan selamat dan semua orang boleh menikmati kecantikan Langkawi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
CG Lim (kanan) bergambar bersama atlet triatlon profesional yang akan memeriahkan kejohanan Asia Pasifik Ironman 70.3 yang akan berlangsung Sabtu ini, di Langkawi, 5 Okt 2023. --fotoBERNAMA
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
28 atlet profesional bersaing dalam Kejohanan Asia Pasifik Ironman 70.3 di Langkawi
Kejohanan itu akan menawarkan enam slot kelayakan Kejohanan Dunia kepada tiga atlet profesional lelaki dan tiga atlet profesional wanita.