awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 pemain negara sertai ASEAN All-Stars lawan Man Utd di Bukit Jalil

Amirul Aiman
Amirul Aiman
23/05/2025
04:25 MYT
5 pemain negara sertai ASEAN All-Stars lawan Man Utd di Bukit Jalil
Barisan ASEAN All-Stars termasuk lima pemain kebangsaan bersedia mencabar Manchester United dalam aksi bersejarah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei.
KUALA LUMPUR: Lima pemain bola sepak Malaysia dipilih menyertai skuad ASEAN All-Stars untuk aksi menentang Manchester United dalam perlawanan Maybank Challenge Cup yang dijadual berlangsung pada 28 Mei ini, jam 8:30 malam, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ringkasan AI
  • Lima pemain Malaysia dalam skuad ASEAN All-Stars Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad Adib Abdul Raop, Muhammad Haziq Nadzli, Declan Lambert, dan Sergio Aguero terpilih untuk menentang Manchester United dalam Maybank Challenge Cup pada 28 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Perlawanan jelajah pramusim Manchester United: Aksi ini adalah satu-satunya perlawanan kelab gergasi England itu di Malaysia tahun ini, dalam rangka jelajah pramusim mereka di Asia.
  • Latihan di bawah Kim Sang Sik: Kelima-lima pemain Malaysia akan bermain di bawah bimbingan bekas jurulatih Vietnam, Kim Sang Sik, yang pernah membawa pasukan itu menjuarai Kejohanan ASEAN 2024. Penganjur menggalakkan penyokong mendapatkan tiket lebih awal.

Perlawanan ini menjadi sebahagian daripada jelajah pramusim kelab gergasi England itu di Asia dan merupakan satu-satunya aksi mereka di Malaysia tahun ini.
Muhammad Azam Azmi Murad (Terengganu FC) akan mengisi posisi bek kanan, manakala Muhammad Adib Abdul Ra’op (Penang FC) disenaraikan di bahagian sayap dan dijangka membantu bahagian serangan.
Muhammad Haziq Nadzli (Perak FC) diberi tanggungjawab selaku penjaga gol utama, sementara Declan Lambert (KL City FC) akan mengemudi barisan pertahanan berdasarkan pengalamannya dalam liga tempatan dan antarabangsa.
Sergio Aguero (Sri Pahang) pula dipilih mengetuai jentera serangan selepas menunjukkan prestasi konsisten dalam saingan Liga Super Malaysia.
Kelima-lima pemain ini akan beraksi di bawah bimbingan Kim Sang Sik, bekas jurulatih Vietnam yang membawa pasukan itu muncul juara Kejohanan ASEAN 2024.
Penganjur menjangkakan sambutan tinggi daripada penyokong tempatan dan menasihatkan orang ramai mendapatkan tiket lebih awal melalui www.myticketempire.com/manumy.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#bola sepak
#ASEAN All-Stars
#pemain malaysia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan