awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti isu 36 jemaah terkandas di Arab Saudi - Zulkifli
Silinder gas helium meletup, dua gerai tiga kereta rosak
Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

72 pasukan sertai #AwaniPL

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
10/08/2015
12:49 MYT
72 pasukan sertai #AwaniPL
Kerancakan #AwaniPL sudah bermula.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Astro Awani mengajak orang ramai untuk turut serta dalam saingan liga fantasi Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) di BPL Fantasy Stadium Astro.
Setakat petang Isnin, sebanyak 72 pasukan menyertai liga tersebut dalam usaha mencari peserta terbaik bagi liga fantasi Awani selain mengajak mereka berbincang strategi permainan dan juga perbincangan mengenai perlawanan sebenar yang berlangsung di atas padang.
Selepas perlawanan pembukaan liga hujung minggu lalu, pasukan Suka Hati FC yang dikendali Nurhazwani bte Arun mengutip mata tertinggi iaitu 32 mata.
Suka Hati FC
Pilihan pemain Suka Hati FC dalam liga fantasi Awani Premier League.
Pemain yang menyumbang mata tertinggi buat Suka Hati ialah Philippe Coutinho (Liverpool), Ross Barkley (Everton) dan Wilfried Zaha (Crystal Palace).
Bagi peserta dari Awani pula, wartawan Hafiz Marzukhi mengutip mata tertinggi dengan 21 mata berada di tempat ke-15 dengan pasukan Devils Incarnate.
Kedudukan ini boleh berubah selepas West Bromwich Albion menerima kunjungan Manchester City awal pagi esok.
Statistik menunjukkan pemain yang memberi mata tertinggi dalam BPL Fantasy Stadium Astro adalah Marc Albrighton (Leicester City) dengan 13 mata, diikuti rakan sepasukannya Riyad Mahrez dengan 12 mata.
Marc Albrighton (Leicester City) mengutip 13 mata dalam BPL Fantasy Stadium Astro. Gambar - AFP.
Marc Albrighton mengutip mata tertinggi (13) selepas hujung minggu ini dalam BPL Fantasy Stadium Astro. Gambar - AFP.
Hanya 1% daripada lebih 8,000 peserta BPL Fantasy memilih Albrighton dalam pasukan mereka manakala Mahrez hanya mendapat tempat pada 3% peserta liga fantasi ini.
Pemain mana yang akan memberi mata yang banyak kepada pasukan anda minggu depan? Teruskan perbincangan anda di Awani Premier League Stadium Astro.
Bagi yang ingin bermain liga fantasi bersama petugas dan penyampai Astro Awani, anda boleh mendaftar sebagai pemain di stadiumastro.com, cari Awani Premier League dan masukkan kata laluan awani69.
Topic Berkaitan
##AwaniPL
#BPL
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan