KUALA LUMPUR: Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.
Atlet berusia 18 tahun itu merangkul emas dalam acara 'tricks' dan 'jump' serta gangsa dalam acara 'slalom' untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan yang berlangsung di Sungai Yarra itu.
Dalam acara 'tricks', beliau meraih emas selepas mencatat keseluruhan 6,780 mata dalam dua hari pertandingan, diikuti atlet tuan rumah Erica Hayes (5,680 mata) dan Dominga Gonzalez dari Chile (3,580 mata).
Aaliyah Yoong terus beraksi cemerlang dengan melakukan lompatan penuh bergaya bagi acara 'jump'.
Atlet remaja itu, mencatat rekod kebangsaan baharu dan rekod peribadi terbaik 39.5 meter (m) yang dicatatnya sendiri dalam pusingan pertama semalam, apabila berjaya melepasi jarak 40m dengan lompatan 41.4m untuk menang emas hari ini.
Sementara itu, Elizabeth Hall dari Amerika Syarikat di tempat kedua dengan 33.5m manakala Kristy Appleton dari Australia di tempat ketiga dengan 30.9m.
Dalam acara 'slalom', Aaliyah Yoong yang berada di tempat kelima selepas pusingan pertama, bangkit dengan melepasi 3/55/13 (tiga pelampung/55kmj/13m tali) untuk menduduki tempat ketiga di belakang Lara Butlin (1/55/12) dan Milla Hunter Bennett (4/55/13) kedua-duanya dari Australia.
"Saya suka bertanding dalam Moomba Masters. Apa yang pasti ini antara kejohanan kegemaran saya dan acara terbaik saya di dunia
Saya sememangnya menyukai cabaran di Sungai Yarra dan satu pencapaian yang besar apabila mencatat rekod peribadi terbaik pada tahun ke-10 saya di sini. Catatan 41.4 m sudah pasti sangat bermakna bagi saya. Ini sudah pasti kemuncak kepada kerjaya saya di peringkat remaja dengan meraih tiga kemenangan dan satu gangsa dalam satu kejohanan yang mencabar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) Hanifah Yoong berkata pencapaian Aaliyah cukup mengejutkan.
"Beliau terus memberi kejutan dan persembahan Aaliyah dalam dua hari ini menunjukkan betapa kuatnya beliau sekarang, dari segi fizikal mahupun mental," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini. - Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Aaliyah perbaharui rekod Asia di Florida
Atlet berusia 20 tahun itu mengumpul 8,450 mata mengatasi rekod miliknya sendiri yang dilakukan pada Terbuka Asia iaitu 8,080 mata di Fluid Summer Showdown pada Jun 2022.
Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024
Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan itu mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan di Sungai Yarra.
Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.
Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah
Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong memenangi pingat emas menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.
Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta
Aaliyah menerima biasiswa bernilai RM1.1 juta daripada Yayasan Sime Darby untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, mulai Januari tahun depan.
Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022
Aaliyah dan Aiden dijemput untuk bertanding dengan beberapa pemain ski terbaik di Max Kirwan Ski Park Mulwala, New South Wales.
Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.
Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022
Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam.
Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master
Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.
Aaliyah Yoong positif COVID-19, tarik diri dari Kejohanan Remaja Dunia 2020
Aaliyah yang dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Remaja Dunia itu di Florida dari 22 hingga 29 Ogos dijangkiti virus itu awal minggu ini.