SPORTS
Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara

Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) menewaskan Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dari Jepun, 21-17, 21-17, di Stadium Nimibutr, Bangkok, pada Khamis. - Foto BAM
BANGKOK: Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke suku akhir Kejohanan Terbuka Thailand, selepas menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita di Stadium Nimibutr, pada Khamis.
Ringkasan AI
- Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dengan keputusan 21-17, 21-17 dalam masa 38 minit.
- Mereka akan bertemu rakan sepasukan Wan Arif-Yap Roy King di suku akhir, yang turut menewaskan pasangan Malaysia lain, Kang Khai Xing-Aaron Tai.
- Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aidil Sholeh tewas dalam perlawanan masing-masing kepada lawan dari Denmark dan China selepas memberikan saingan sengit.
"Rancangan permainan menyerang kami berjalan dengan baik. Pada set kedua, kami bermain sedikit terkejar sehingga ke separuh permainan, namun selepas itu, kami mengubah sedikit ritma dan ia berbaloi," katanya kepada Bernama.
Selepas ini, Aaron-Wooi Yik akan berhadapan rakan sepasukan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, yang sebelum ini mengalahkan satu lagi pasangan beregu Malaysia Kang Khai Xing-Aaron Tai, 21-11, 21-11, dalam masa 24 minit.
Aaron berkata, agak menggembirakan untuk melihat pemain muda bermain dengan baik dan berharap mereka akan terus bermain dengan baik pada perlawanan seterusnya.
"Ia satu tanda yang positif untuk negara apabila pemain muda semakin baik.Saya berharap mereka akan terus memberikan yang terbaik mereka esok. Kami akan bermain permainan terbaik kami dan semoga pasangan yang lebih baik, menang esok," katanya.
Sementara itu satu lagi pasangan beregu Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, tewas kepada pasangan Denmark William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 21-15, 19-21 dan 18-21 dalam masa 46 minit.
Sementara itu, pemain perseorangan profesional negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin memberikan cabaran hebat sebelum tewas kepada pemain ke-20 dunia Lu Gang Zu dari China.
Aidil Sholeh menang set pertama 21-18, namun gagal meneruskan kemenangan itu pada set kedua dan ketiga apabila tewas 16-21, 14-21 pada perlawanan yang berlangsung lebih sejam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami