awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik 'bergaya' mara ke final Terbuka China

Bernama
Bernama
26/07/2025
14:15 MYT
Aaron-Wooi Yik 'bergaya' mara ke final Terbuka China
Beregu lelaki negara itu menumpaskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi separuh akhir di Changzhou hari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China selepas menumpaskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi separuh akhir di Changzhou hari ini.
Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, pasangan ranking kedua dunia itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-17 dalam masa 42 minit.
Kemenangan itu sekali gus mengesahkan dominasi mereka ke atas lawan tersebut dengan rekod 11 kemenangan daripada 14 pertemuan.
Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu gandingan bukan pilihan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang mencipta kejutan menundukkan beregu tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-19, 21-17.
Kemenangan bergaya itu meletakkan Aaron-Wooi Yik di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan keempat musim ini selepas sebelum ini menjuarai Kejohanan Asia, Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#final
#badminton
#Terbuka China
#changzhou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan