awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ab Rauf diumum sebagai Presiden MAFA

Bernama
Bernama
02/05/2023
10:08 MYT
Ab Rauf diumum sebagai Presiden MAFA
MAFA mengharapkan sentuhan Ab Rauf akan membawa sukan bola sepak Melaka ke tahap lebih membanggakan. -Gambar fail/Astro AWANI
MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) yang baharu, menggantikan Datuk Nur Azmi Ahmad.
MAFA dalam kenyataannya hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan semalam, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAFA di Wisma MAFA yang dipengerusikan Timbalan Presidennya Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
"Mengikut perlembagaan MAFA, Ketua Menteri Melaka yang baharu secara automatik akan menyandang jawatan presiden.
"Pihak Jawatankuasa Eksekutif MAFA mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang akan menerajui persatuan dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri," menurut kenyataan itu.
MAFA menerusi kenyataan itu juga mengharapkan agar sentuhan Ab Rauf akan membawa sukan bola sepak Melaka ke tahap lebih membanggakan, sekali gus meletakkan nama negeri ini gah dalam sukan nombor satu dunia itu pada masa hadapan.
MAFA turut merakamkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan bakti Nur Azmi yang telah memimpin persatuan sejak Ogos tahun lepas
"Antara sumbangan beliau ialah penubuhan kelab bola sepak Melaka FC yang kini sedang bersaing dalam saingan Liga M3, selain penganjuran Kejohanan Piala TYT Melaka (Governor Cup) dan pembangunan akar umbi.
"Segala jasa dan sumbangan beliau kepada bola sepak Melaka, akan terus diabadikan dalam lipatan sejarah bola sepak negeri ini sebagai antara presiden persatuan, yang kini hampir menginjak satu abad penubuhannya pada 1924," menurut kenyataan itu.
Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada 31 Mac.
Statut persatuan itu menyatakan, individu dipilih sebagai ketua menteri secara automatik adalah presiden persatuan bola sepak negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala TYT Melaka
#Presiden MAFA
#persatuan bola sepak melaka
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan