awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2023
00:40 MYT
Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Dave Cormack menyifatkan Goodwin (gambar) telah memberikan yang terbaik dalam mengemudi Aberdeen. - Gambar fail REUTERS
KELAB Liga Perdana Scotland, Aberdeen hanya mengambil masa 19 minit untuk memecat pengurus Jim Goodwin selepas kekalahan 0-6 kepada Hibernian di Stadium Easter Road, sekali gus meneruskan prestasi buruk pasukan itu.
Goodwin sebelum ini masih mengekalkan jawatannya biarpun Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa lalu.
Pengendali berusia 41 tahun itu dan para pemain ketika menerima perkhabaran mengenai pemecatan tersebut masih berada di bilik persalinan selepas perlawanan.
Sementara itu, Pengerusi Aberdeen, Dave Cormack menyifatkan Goodwin telah memberikan yang terbaik dalam mengemudi pasukan itu
“Saya bertemu dengan Jim pada penghujung permainan. Jim adalah seorang lelaki yang sangat baik. Dia datang, memeluk saya dan berkata, ‘Ia tidak cukup baik.’ Dia telah memberikan segala-galanya dalam membentuk pasukan.
“Namun faktanya mudah dan saya percaya para penyokong berasa malu, terhina, terkejut dengan dua keputusan perlawanan terakhir Aberdeen. Itulah perasaan para penyokong, dan saya hanya boleh meminta maaf kepada mereka,” katanya.
Aberdeen kini berada di tempat ketujuh liga, bolos 11 gol dalam dua perlawanan liga terakhir. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aberdeen
#pecat pengurus
#Jim Goodwin
#Dave Cormack
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan