awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AC Milan digantung daripada bola sepak Eropah

Israr Khalid
Israr Khalid
28/06/2019
11:50 MYT
AC Milan digantung daripada bola sepak Eropah
Sebelum ini, Milan berjaya membuat rayuan ke atas penggantungan dua tahun oleh UEFA tahun lepas selepas didapati bersalah melanggar peraturan perbelanjaan antara tahun 2015 dan 2017. - Sumber foto REUTERS/Alberto Lingria
AC Milan digantung setahun daripada menyertai bola sepak Eropah selepas didapati bersalah melanggar peraturan Financial Fair Play.
Bermakna, Milan yang menamatkan Serie A di tempat kelima musim lepas terpaksa berehat seketika dan terlepas daripada Liga Europa musim depan.
Menurut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), badan induk bola sepak Eropah UEFA akan menamatkan prosiding terhadap kelab Itali itu kerana perbelanjaan melampau.
“AC Milan dikecualikan daripada pertandingan kelab-kelab UEFA untuk musim 2019/2020,” kata CAS.
Tempat Milan akan diganti dengan Torino yang menamatkan musim lepas di tangga ketujuh Serie A, sementara AS Roma di tempat keenam sudah terlebih dahulu melayakkan diri.
Sebelum ini, Milan berjaya membuat rayuan ke atas penggantungan dua tahun oleh UEFA tahun lepas selepas didapati bersalah melanggar peraturan perbelanjaan antara tahun 2015 dan 2017.
Di bawah peraturan UEFA, mana-mana kelab yang mencatat kerugian melangkaui had yang dibenarkan melebihi tiga tahun berdepan sekatan atau penggantungan mengikut keadaan.
Milan dapat menyertai Liga Europa musim lepas - tersingkir di peringkat kumpulan - selepas membuat rayuan kepada CAS, dengan memujuk mereka bahawa kelab akan memperbaiki kewangan mereka di bawah pemilikan baharu.
Topic Berkaitan
#AC Milan
#bola sepak
#Financial Fair Play
#Itali
#Liga Europa
#Milan
#penggantungan
#Serie A
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan