awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACL: JDT hampir ikat Shandong

Astro Arena
Astro Arena
09/04/2019
21:32 MYT
ACL: JDT hampir ikat Shandong
Kekalahan terbaru itu menyukarkan peluang JDT untuk melangkah ke pusingan kedua apabila terporosok di tangga tercorot dengan satu mata daripada tiga perlawanan. - Foto Johor Southern Tigers
HASRAT Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mara ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) semakin sulit sebaik tewas 1-2 kepada Shandong Luneng dalam aksi ketiga Kumpulan E di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan, malam tadi.
Namun, skuad Harimau Selatan itu memaparkan aksi terpuji ketika hampir mengikat lawan yang diperkasakan bekas bintang Manchester United, Marouane Fellaini.
Gol daripada Fellaini dan Graziano Pelle memberikan Shandong kelebihan dua gol dalam babak pertama sebelum Safawi Rasid menjaringkan gol bertaraf dunia dalam babak berikutnya bagi merapatkan kedudukan.
JDT mengimbangi perlawanan sepanjang setengah jam pertama, namun kealpaan mereka dalam mengawal Fellaini membenarkan pemain itu menanduk masuk bola sepakan penjuru kapten pasukan, Hao Junmin.
Terkesan dengan jaringan itu, JDT seakan-akan buntu menyekat serangan Shandong sehingga Aidil Zafuan Abdul Radzak terpaksa menjatuhkan Pelle dalam kawasan penalti.
Susulan itu, Pelle memanfaatkan kesempatan tersebut untuk menjaringkan gol kedua Shandong untuk pasukan pelawat berkelebihan selesa menuju waktu rehat.
JDT, bagaimanapun, memperkemaskan aksi dalam babak kedua untuk merapatkan jurang menerusi jaringan gemilang Safawi pada minit ke-60.
Dengan memanfaatkan hantaran daripada Akhyar Rashid, Safawi mengeksploitasi ruang di sebelah kanan untuk melepaskan rembatan kaki kiri melencong yang tepat menuju ke penjuru kiri atas gawang yang dijaga Wang Dalei.
Peluang terbaik skuad Harimau Selatan itu untuk menyamakan kedudukan tiba dalam waktu kecederaan, namun sepakan percuma Gonzalo Cabrera sekadar menggegar palang gol lawan.
Kekalahan terbaru itu menyukarkan peluang JDT untuk melangkah ke pusingan kedua apabila terporosok di tangga tercorot dengan satu mata daripada tiga perlawanan.
Shandong pula melonjak ke tangga kedua dengan lima mata, satu mata di belakang pendahulu Kumpulan E, Kashima Antlers, yang meraih tiga mata di laman Gyeongnam FC hasil kemenangan 3-2.
KEPUTUSAN LAIN: GYEONGNAM FC 2 KASHIMA ANTLERS 3
Topic Berkaitan
#ACL
#Aidil Zafuan
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#Liga Juara-Juara Asia
#Manchester United
#Marouane Fellaini
#Safawi Rasid
#Shandong Luneng d
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan