awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACL: Mora tidak mahu terburu-buru kecederaan Farizal

Astro Arena
Astro Arena
11/04/2022
21:53 MYT
ACL: Mora tidak mahu terburu-buru kecederaan Farizal
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melawat Farizal di hospital berikutan perlanggaran yang berlaku ketika perlawanan dengan Terengganu pada Ahad malam. - Facebook JOHOR Southern Tigers
JURULATIH Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, tetap menganggap kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada Ahad malam sebagai kejayaan bermakna walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Ketua pasukan Harimau Selatan, Farizal Marlias, tampak mengalami kecederaan serius sekali gus dijangka terlepas aksi awal kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.
Detik cemas itu berlaku pada minit ke-60 perlawanan apabila Farizal kelihatan tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan rakan sepasukannya, Shane Lowry, ketika cuba menyelamatkan asakan pihak lawan dan dikejarkan ke hospital dengan serta merta.
Insiden itu menyebabkan penjaga gol kebangsaan tersebut diusung keluar sebelum terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Situasi itu jelas menyulitkan percaturan Mora untuk menghadapi kempen ACL yang akan bermula Jumaat ini susulan Farizal tampak perlu berehat panjang.
"Dia berasa pening dan beberapa saat pertama dia tidak sedarkan diri. Mungkin tidak 100 peratus tapi selepas itu dia dalam keadaan sedar. Dia terluka dan perlu memakai pendakap leher.
"Tapi kami ada pelan A, B, C malah D. Kami ada banyak perancangan. Tapi saya tidak memikirkan sangat tentang pelan itu hinggalah saya memerlukannya.
"Buat masa ini saya mahu dia pulih dan berehat, kemudian saya akan bercakap dengannya," katanya.
BACA: Ketua pasukan JDT Mohd Farizal stabil selepas insiden mencemaskan
Dalam pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim itu, Bergson Da Silva muncul wira Harimau Selatan apabila meledak dua gol dalam setiap babak perlawanan.
Namun, ia bukanlah aksi mudah buat juara lapan kali Liga Super itu sebaliknya satu perlawanan yang mendebarkan buat mereka hingga dibolosi buat kali pertama musim ini.
Kredit harus diberikan kepada anak buah Nafuzi Zain atas corak permainan positif yang dipamerkan sekalipun merekodkan dua kekalahan berturut-turut.
"Saya percaya dengan pasukan tapi masih banyak benda yang boleh bertambah baik," katanya ringkas.
Jadual Perlawanan ACL:
JDT LWN GUANGZHOU FC 15 APRIL, 10.00 MALAM
ULSAN HYUNDAI FC LWN JDT 18 APRIL, 10.00 MALAM
KAWASAKI FRONTALE LWN JDT 21 APRIL, 10.00 MALAM
JDT LWN KAWASAKI FRONTALE 24 APRIL, 10.00 MALAM
GUANGZHOU FC LWN JDT 27 APRIL, 10.00 MALAM
Topic Berkaitan
#Benjamin Mora
#Farizal Marlias
#Liga Juara-Juara Asia
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan