ISKANDAR PUTERI: Sepakan gunting penyerang Marcinho pada penghujung babak pertama sudah cukup mengecewakan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila tewas 0-1 kepada wakil Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.
Penyerang berusia 28 tahun dari Brazil itu memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama selepas memanfaatkan tandukan Tatsuki Seko setelah kedua-dua pasukan berhempas pulas mencari gol pembukaan.
Babak kedua pula menyaksikan Marcinho hampir menambah gol peribadinya pada minit ke-47 setelah mendapat umpanan cantik ke dalam kotak penalti namun tolakannya sedikit tersasar.
Tuan rumah yang dikendalikan Esteban Solari cuba bangkit mencari gol penyamaan namun percubaan yang dilakukan skuad Harimau Selatan tidak berjaya memecah kekebalan kubu pertahanan juara empat kali Liga Jepun itu.
Ketika menghampiri minit ke-90 permainan, JDT mempunyai peluang keemasan memperoleh gol penyamaan namun sepakan bebas diambil tonggak tengah dari Sepanyol, Juan Muniz Gallego sedikit tersasar melewati palang gol.
Percubaan terakhir penyerang dari Brazil, Bergson Da Silva pada masa kecederaan jauh tersasar dari pintu gol lawan sekali gus menamatkan malam duka pasukannya yang disaksikan 24,597 penonton di gelanggang keramat juara bertahan Liga Super itu.
Dalam perlawanan kumpulan sama, jaringan hatrik penyerang dari Hungary, Martin Adam pada minit ke-28, ke-73 dan ke-78 membantu juara dua kali dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC bermula cemerlang menundukkan jaguh Thailand, BG Pathum United, 3-1, di Stadium Bolasepak Ulsan Munsu.
Gol sagu hati pelawat pula dijaringkan Ryhan Stewart pada minit ke-41.
Ulsan Hyundai kini memimpin Kumpulan I dengan tiga mata diikuti Kawasaki Frontale yang berada di tempat kedua namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan manakala JDT dan BG Pathum United masing-masing menduduki tempat ketiga dan terakhir tanpa sebarang mata.
Aksi kedua Kumpulan I menyaksikan JDT akan bertandang ke Stadium Pathum Thani menentang BG Pathum United manakala Kawasaki Frontale pula menjadi hos kepada Ulsan Hyundai FC di Stadium Kawasaki Todoroki, dengan kedua-dua perlawanan berlangsung 3 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Penyerang berusia 28 tahun dari Brazil itu memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama selepas memanfaatkan tandukan Tatsuki Seko. - Stadium Astro
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.
ACL2: Bekas penyerang Selangor bawa Al Hussein ke tangga teratas
Reziq Bani Hani, menjaringkan gol berganda ketika membantu juara Liga Jordan, Al Hussein, ke tangga teratas Kumpulan D dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.
Fahami keupayaan tubuh badan ketika bersukan, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku apabila bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.
JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga
JDT menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tangga ketiga, di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai selepas membenam BG Pathum United 4-1.
ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat
Ketua pasukan JDT terkilan gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan, malam tadi.
ACL: JDT hidup peluang ke pusingan kedua selepas tewaskan Ulsan Hyundai 2-1
Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan skuad Harimau Selatan kepada kelab bimbingan Hong Myung Bo itu pada pada 24 Okt lepas.
Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri
Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri.
Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.