awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: Buriram United ajak peminat naik unta, tonton aksi Cristiano Ronaldo di Arab Saudi

Astro Arena
Astro Arena
23/03/2025
02:10 MYT
ACLE: Buriram United ajak peminat naik unta, tonton aksi Cristiano Ronaldo di Arab Saudi
Wakil tunggal Thailand itu bercadang untuk menerbangkan peminat kesayangan sebagai tanda sokongan kepada kelab terkemuka itu. - Stadium Astro
PASUKAN tersohor Thailand, Buriram United, menawarkan pakej berbaloi sempena perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang akan berlangsung di Arab Saudi, April depan.
Untuk makluman, format permainan bermula suku akhir hingga final akan dijalankan di negara Asia Barat itu secara karnival melibatkan semua pasukan yang berjaya melayakkan diri.
Sehubungan itu, wakil tunggal Thailand itu bercadang untuk menerbangkan peminat kesayangan sebagai tanda sokongan kepada kelab terkemuka itu.
Pakej menarik tersebut menampilkan pelbagai aktiviti selain menonton perlawanan menentang Al-Ahli.
Antara yang menjadi tumpuan ialah penyokong boleh melancong dan menikmati tarikan utama di sana iaitu berjalan di padang pasir dan melakukan aktiviti yang diadakan seperti menaiki unta.
Selain itu, peminat Thunder Castle berpeluang menyaksikan bintang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, bermain untuk Al-Nassr bertemu gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos, sebagai salah satu daripada jadual perjalanan.
Ini adalah alternatif terbaik buat pasukan kendalian Osmar Loss Vieira mendapatkan sokongan tambahan untuk membawa cabaran kelab dan negara itu ke pusingan seterusnya kejohanan tertinggi Asia itu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#ACLE
#buriram united
#Cristiano Ronaldo
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan