awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: Riyad Mahrez, Roberto Firmino pastikan Al-Ahli singkir Buriram, Dion Cools

Astro Arena
Astro Arena
27/04/2025
08:16 MYT
ACLE: Riyad Mahrez, Roberto Firmino pastikan Al-Ahli singkir Buriram, Dion Cools
Buriram yang turut diwakili Dion Cools tidak dapat menguasai permainan, dan dihukum oleh kecekapan Al-Ahli dalam menjaringkan gol. - Stadium Astro
WAKIL tunggal Asia Tenggara, Buriram United, tersingkir di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila tewas 0-3 kepada pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Ahli, di King Abdullah Sports City awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Buriram United tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas tewas 0-3 kepada Al-Ahli, dengan gol awal Riyad Mahrez, diikuti jaringan Galeno dan Roberto Firmino dalam separuh masa pertama.
  • Pasukan dari Thailand yang diwakili Dion Cools tidak dapat menguasai permainan, dan dihukum oleh kecekapan Al-Ahli dalam menjaringkan gol dari peluang yang terhasil.
  • Al-Ahli akan bertemu Al-Hilal dalam separuh akhir, selepas Al-Hilal membelasah Gwangju 7-0 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Buriram, yang diwakili pemain negara, Dion Cools, jelas tidak dapat menguasai permainan dan bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez, berhasil menemui jaringan pembukaan seawal minit keempat. Dua minit berselang, giliran Galeno memberikan kelebihan selesa buat Al-Ahli menerusi jaringannya selepas menerima lorongan licik Roger Ibanez.
Ketika Buriram baru hendak bernafas dalam perlawanan itu, mereka sekali lagi dihukum selepas setengah jam permainan apabila ketua pasukan Al-Ahli, Roberto Firmino, yang merupakan bekas tonggak Liverpool, menemui penyudah gemilang susulan satu gerakan sepakan penjuru yang dimulakan Mahrez.
Al-Ahli seterusnya akan bertemu seteru senegara, Al-Hilal -- yang membelasah Gwangju 7-0 dalam satu lagi perlawanan -- bagi penentuan ke final pada Rabu ini. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#buriram united
#Al-Ahli
#Liga Juara-Juara Asia Elit
#dion cools
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan