awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr

Astro Arena
Astro Arena
23/10/2024
01:40 MYT
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Aksi Aymeric Laporte ketika bermain dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia antara Esteghlal FC dan Al Nassr di Al Rashid Stadium, Dubai, United Arab Emirates, 22 Okt 2024. - REUTERS
ESTEGHLAL 0 AL-NASSR 1
Tandukan lewat permainan Aymeric Laporte memberikan Al-Nassr kemenangan 1-0 ke atas kelab Iran, Esteghlal, dalam saingan Liga Barat, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) awal pagi tadi.
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiga wakil Arab Saudi masih belum kalah, di mana Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas dan menjadi hanya dua pasukan mengumpulkan sembilan mata maksimum manakala Al-Nassr pula di tangga keempat dengan perbezaan hanya dua mata.
Perlawanan itu terpaksa dipindahkan dari Tehran ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) berikutan situasi keselamatan di Iran.
Peluang kelihatan sukar dihasilkan sehingga ke penghujung permainan.
Cristiano Ronaldo, yang dua percubaannya diselamatkan dan satu lagi tersasar dari gawang lawan, menanduk bola menuju ke penjuru atas tetapi ia sekali lagi ditepis penjaga gol, Hossein Hosseini.
Namun, bekas pertahanan Manchester City, Laporte, memanfaatkan bola muntah daripada situasi itu untuk menanduk masuk gol kemenangan pelawat pada sembilan minit terakhir.
Topic Berkaitan
#ACLE
#Cristiano Ronaldo
#Aymeric Laporte
#Al-Nassr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan