awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACT: Malaysian Tigress catat kemenangan sulung, atasi Thailand 2-0

Bernama
Bernama
02/11/2023
15:13 MYT
ACT: Malaysian Tigress catat kemenangan sulung, atasi Thailand 2-0
Jaringan pembukaan pasukan negara bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu disumbangkan Nur Shamine Azureen Mohammed menerusi gol padang pada minit ke-25. Gambar FB AHF/Hockey India
KUALA LUMPUR: Pasukan hoki wanita kebangsaan meraih kemenangan sulung pada kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 selepas menewaskan Thailand 2-0 pada aksi terakhir saingan liga sepusingan, malam ini.
Pada pertembungan di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh Astroturf di Ranchi, India itu, skuad Malaysian Tigress yang gagal mara ke peringkat separuh akhir menerima tentangan sengit apabila terpaksa menunggu sehingga ke suku kedua permainan untuk membolosi gawang lawan.
Jaringan pembukaan pasukan negara bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu disumbangkan Nur Shamine Azureen Mohammed menerusi gol padang pada minit ke-25.
Malaysia kemudian terus bermandi peluh berdepan asakan Thailand sebelum berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi gol padang Nur Nabila Alia Yussaini.
Malaysia di kedudukan kelima dengan mengumpul empat mata dan Thailand di tempat terakhir tanpa sebarang mata sekali lagi akan berentap di penentuan tempat kelima-keenam, pada Sabtu ini.
"Saya mahukan para pemain memberikan yang terbaik pada perlawanan terakhir di sini, dan saya pasti mereka juga akan menjalankan tanggungjawab dengan baik," kata Mohd Nasihin selepas perlawanan itu.
Sebelum ini, Malaysia tewas dalam tiga perlawanan saingan liga sepusingan masing-masing kepada juara bertahan Jepun 0-3, India (0-5) serta China (0-4) dan meraih keputusan seri 1-1 bertemu Korea Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlawanan terakhir
#menggandakan kedudukan
#keputusan seri
#tentangan sengit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan