Sudah tiba masanya untuk menerapkan seni bela diri campuran (MMA) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia bagi mencungkil bakat muda dalam sukan ini serta memberi tumpuan terhadap perkembangan belia.
Presiden Persatuan Seni Bela Diri Campuran Malaysia (MASSMMAA), Rashid Salleh berkata, MMA merupakan sukan yang berkembang dengan amat pantas.
Justeru, beliau merasakan satu usaha harus dilakukan dengan menerapkan sukan ini di bangku sekolah seperti sukan-sukan tempur lain seperti Karate, Taekwondo dan Silat Olahraga.
“Ini semua penting untuk asas MMA kerana satu perkara yang MMA tidak miliki ialah akar umbi, jadi dari situ kami akan mulakannya.
“Kami rasa kami perlu mulakan dari peringkat remaja, amatur dan saya rasa sukan MMA ini boleh kembang dan sukan ini adalah antara sukan yang berkembang pantas di dunia sekarang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, pertandingan MMA di peringkat sekolah sama seperti pertandingan Karate, Silat Olahraga dan Taekwondo yang mempunyai peraturan berbeza dan lebih selamat berbanding peringkat profesional.
Selaku badan yang menyelia sukan MMA di peringkat amatur, Rashid berkata beliau ingin memupuk semangat kesukanan, disiplin, kecergasan serta kekuatan minda kerana merasakan ia penting terhadap perkembangan atlet.
Baru-baru ini, dua atlet amatur negara, Colleen Augustin dan Brandon Tang masing-masing telah memenangi pingat emas dan gangsa dalam Kejohanan Terbuka Asia 2019 di Bangkok, Thailand.
BACA: Colleen raih emas untuk Malaysia di Kejohanan MMA Terbuka Asia
Pencapaian hebat ini juga membakar lagi semangat untuk Rashid untuk menggerakkan sukan ini ke peringkat Olimpik.
Menurut beliau, pertandingan MMA amatur, Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) dan MASSMMAA sudah bergabung tenaga dan sedang usaha untuk memasuki peringkat Olimpik.
Selain itu, katanya organisasi MMA terbesar Asia, ONE Championship juga telah membuat pengumuman tentang hasrat untuk memasukkan sukan MMA ke Olimpik pada 2028.
“Saya percaya sekiranya mereka dapat masuk, maka kita akan cuba sedaya upaya untuk menghantar belia yang bertanding dalam kejohanan tahun ini dan saya rasa kami akan menjadi pertama yang akan dapat menghantar atlet ke Olimpik," katanya lagi.
Sukan MMA sebelum ini pernah mendapat sokongan padu dari Kementerian Belia dan Sukan, bagaimanapun Rashid berharap sukan ini akan terus diberi perhatian oleh kementerian tersebut seiring dengan sukan-sukan lain di Malaysia.
“Sebab itu saya mahu pergi ke sekolah tetapi saya harus ke gim dahulu dan mendapatkan sokongan dari pihak KBS dengan mengikuti terma sokongan untuk kita menjadi tonggak demi menyuarakan kepada pihak gim dan juga promoter kejohanan MMA," tambahnya.
Kata Rashid lagi, iItulah impian yang sedang diusahakan bersama pasukannya di MASMMAA untuk mengukir nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Shaznina Rozman
Fri May 24 2019

Colleen Augustin (kiri) memenangi pingat emas dalam Kejohanan Terbuka Asia 2019 di Bangkok, Thailand pada 5 Mei lalu. - Foto Facebook/IMMAFed

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

Adakan sukan MMA di peringkat sekolah - MASMMAA
Sudah tiba masanya untuk menerapkan seni bela diri campuran (MMA) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia bagi mencungkil bakat muda dalam sukan ini.