Juara e-MCS dan peserta program pembangunan bakat SIC, Ady Rahimy Rashid melakar kemenangan berganda dalam penampilannya sulungnya di Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) selepas memenangi Perlumbaan 2 kelas S Production (SP2) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini pada Ahad.
Terdahulu Ady Rahimy memenangi perlumbaan pada Ahad malam dengan melengkapkan 21 pusingan dalam perlumbaan ketahanan satu jam. Perlumbaan itu diungguli pelumba T Production (TP) Teh Kian Boon dan Desmond Soh dari pasukan ST Wangan.
Tidak seperti Ady Rahimy, Desmond dan Teh yang memandu kereta Mercedes AMG A45, bernasib baik untuk memenangi Perlumbaan 2 itu, kerana hanya berjaya memotong pendahulu perlumbaan Lai Wee Sing, beberapa meter daripada garisan penamat, apabila kereta Honda FD2R yang dipandu Lai, kehilangan kuasa di selekoh terakhir, dan bergerak tidak lancar ke garisan penamat.
Mengulas kemenanganya, Ady Rahimi mengakui beliau bernasib baik memenangi Perlumbaan 2 pada Ahad, selepas bergelut di awal perlumbaan, kerana perlu membawa bebanan tambahan 30 kilogram selepas memenangi perlumbaan sebelah malam.
"Kemasukan kereta keselamatan membolehkan saya menghampiri kelompok hadapan dan mencari kemenangan. Tentunya saya mahu kekalkan momentum ini dan dapat kekal berada di atas pada penghujung musim ini. Saya perlu bekerja lebih kuat dan bersedia melakukan terbaik dan membanggakan keluarga dan penaja. Terima kasih atas sokongan semua," kata pelumba berusia 20 tahun itu.
Ady Rahimi terpilih bersama Angeline Lee untuk berlumba di MCS bersama pasukan lumba HIREV SIC Dream Chaser di bawah program pembangunan bakat SIC selepas memenangi kejohanan maya e-MCS tahun lepas.
Angeline yang berpasangan bersama pelumba wanita dari German, Sophia Menzenbach memandu Ford Fiesta dalam kelas M Production (MTC), gagal menyerlah, apabila hanya menduduki tempat kelima pada Perlumbaan 2 dan keenam pada perlumbaan pembukaan Ahad malam.
Perlumbaan MTC sekali lagi diungguli pelumba wanita, Leona Chin dari pasukan Tedco Racing yang memandu sendirian, selepas gandingannya dan bekas juara Nick Mah tidak dapat berlumba disebabkan komitmen kerja.
"Ia lebih mudah jika Nick Mah berlumba bersama saya, Namun dia tidak ada, jadi saya terpaksa memandu sendirian. Namun saya gembira dengan kemenangan berganda ini. Dengan kereta yang sempurna, dan pasukan yang terbaik dan semua lancar pada kedua-dua perlumbaan. Beban tambahan 30 kilogram tidak menjadi masalah besar," katanya ketika ditemui selepas penyampaian hadiah.
Perlumbaan kelas S Production (SP1) diungguli gandingan Jepun, Ken Urata dan Masahiko Ida dari pasukan RWORKS, yang mencatatkan kemenangan berganda dalam kesemua empat kategori.
Memandu Honda Civic FD2, mereka melengkapkan perlumbaan 22 pusingan mengatasi gandingan Mohd Zuraimi Mustapha dan Ahmad Tarmizi Tahang yang juga memandu Honda Civic FD2.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2019
Ady Rahimy (dua dari kanan) melakar kemenangan berganda dalam penampilannya sulungnya di Siri Kejuaraan Malaysia (MCS). - Foto: sepangcircuit.com
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ady Rahimy menang Siri Kejuaraan Malaysia di Sepang
Terdahulu Ady Rahimy memenangi perlumbaan pada Ahad malam dengan melengkapkan 21 pusingan dalam perlumbaan ketahanan satu jam.