awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFF lulus permohonan tukar penjaga gol skuad Harimau Malaya

Bernama
Bernama
07/12/2021
10:47 MYT
AFF lulus permohonan tukar penjaga gol skuad Harimau Malaya
Mohd Saifuddin mengesahkan perkara itu diluluskan setelah permohonan rasmi badan induk itu diluluskan AFF. - Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), membenarkan penggantian pemain di posisi penjaga gol skuad kebangsaan pada kempen kejuaraan Piala AFF 2020 di Singapura.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar, setelah permohonan rasmi badan induk itu untuk menukar pemain di posisi berkenaan diluluskan AFF.
Menurutnya, kelulusan itu diberikan selepas perbincangan bersama wakil-wakil negara bernaung di bawah AFF yang berlangsung malam semalam.
"Mereka memahami keadaan kita dan setuju benarkan kita menamakan pemain baharu. FAM ucapkan terima kasih kepada AFF kerana meluluskan permohonan itu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mohd Saifuddin berkata FAM akan menyerahkan kepada Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe, untuk menentukan pemain yang dikehendaki.
Bagaimanapun, beliau berkata proses pertukaran pemain itu akan mengambil sedikit masa, disebabkan perlu melalui beberapa prosedur ditetapkan kerajaan Singapura.
FAM sebelum ini mengesahkan dua pemain skuad Harimau Malaya iaitu penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid dan pemain sayap Muhammad Faisal Abdul Halim, disahkan positif COVID-19 di republik itu.
Mereka disahkan positif selepas keputusan ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR), yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, Jumaat lepas diperoleh.
Kedua-dua pemain tersebut yang tidak bergejala diarahkan menjalani kuarantin selama 10 hari mengikut protokol Kementerian Kesihatan Singapura, dengan ujian COVID-19 dilakukan pada setiap hari sekali gus terlepas tiga aksi pertama Kumpulan B kejuaraan itu.
Berdasarkan undang-undang pertandingan tiada sebarang penambahan dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran pemain, kecuali pertukaran melibatkan posisi penjaga gol.
Malaysia membuka kempen Piala AFF 2020 dengan langkah kanan selepas membenam Kemboja 3-1 semalam dan akan bertemu Laos, Khamis ini sebelum menamatkan baki saingan kumpulan berdepan juara bertahan Vietnam dan Indonesia, masing-masing pada 12 dan 19 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjaga gol
#harimau Malaya
#AFF
#Mohd Saifuddin Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan