KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja.
Teong Kim yang juga bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) mendakwa kegagalan skuad bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney bermain dengan baik adalah impak daripada proses pembangunan bola sepak belia di negara yang tidak sistematik.
"Pembangunan seseorang pemain mesti melalui proses yang sistematik dan ini tidak ada di Malaysia. Situasi bola sepak kita tidak memberi pemain-pemain remaja untuk maju, jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka.
"Saya sudah banyak kali berkata jika FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengadakan liga-liga remaja, jangan harap bola sepak Malaysia akan maju," katanya dalam hantaran di Instagram miliknya, pada Selasa.
Menurut Teong Kim, FAM dan MFL adalah entiti yang seharusnya menyediakan serta melengkapkan segala landasan untuk pembangunan bola sepak di negara.
Pada masa sama, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich selama 12 tahun itu berkata antara perubahan yang perlu dilakukan adalah mewujudkan lebih banyak liga di peringkat remaja, mengehadkan tiga pemain import bagi setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier.
Selain itu katanya kebenaran untuk pasukan 'feeder' menurunkan pemain import dalam saingan Liga Premier juga perlu ditarik.
Malaysia menamatkan kempen Kejuaraan B-23 AFF 2022 dengan pencapaian memalukan selepas tersingkir seawal peringkat kumpulan susulan kekalahan 0-2 kepada Laos pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Morodok Techo, pada Isnin.
BACA: Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Ia adalah kemenangan kedua Laos ke atas Malaysia pada saingan kumpulan selepas turut mengutip tiga mata dengan kejayaan 2-1 pada aksi pembukaan yang berlangsung di Stadium Prince, Jumaat lepas.
Sebagai rekod, saingan Kumpulan B hanya melibatkan Malaysia dan Laos, selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan berikutan penularan COVID-19 dalam pasukan sekali gus menyaksikan Laos muncul juara kumpulan dan layak ke pusingan separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022

Menurut Teong Kim, FAM dan MFL adalah entiti yang seharusnya menyediakan serta melengkapkan segala landasan untuk pembangunan bola sepak di negara. - Foto fail

PM Anwar ke Tuaran, sesi taklimat pembangunan negeri dan buka puasa
Lawatan kerja Anwar ke Sabah akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 ke atasnya atas

Realisasikan cadangan letak pasukan pengaman PBB di Gaza - Tun M
Tragedi yang berlaku di Gaza telah meletakkan isu kemanusiaan pada titik paling rendah, selain tiada usaha untuk menghentikannya.

Bazar perayaan lain di KL akan guna konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah pada Jumaat bersetuju untuk memperluaskan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur.

Jualan sektor automotif dijangka merosot pada 2025
Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

ASEAN termasuk Malaysia dapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China - Moody's
Negara anggota ASEAN khususnya Vietnam, Malaysia dan India telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China terutamanya dalam tekstil dan elektronik, kata Moody's Ratings.

UNRWA: Bekalan tepung untuk edaran di Gaza hanya bertahan sekitar enam hari
UNRWA memaklumkan bahawa bekalan tepung untuk diedarkan di Gaza hanya mampu bertahan sekitar "enam hari" kerana tiada bantuan baharu masuk sejak 19 hari lepas.

Tahun 2024 catat jumlah kematian tertinggi migran - Agensi Migrasi PBB
Sekurang-kurangnya 8,938 orang kehilangan nyawa di laluan migrasi sepanjang 2024, menjadikannya tahun paling banyak kematian dalam rekod.

Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Rakyat Malaysia harus menolak suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Pergaduhan: Terengganu FC II didenda RM10,000, Penang FC RM5,000 - FAM
Terengganu FC II dikenakan hukuman denda sebanyak RM10,000 manakala Penang FC pula RM5,000 susulan insiden di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.

'Saya hormati keputusan Cheng Hoe - Ahmad Faizal
"Saya hormati keputusan Tan Cheng Hoe kerana saya pasti beliau telah bincangkan perkara ini bersama barisan kepimpinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia)".

FAM lancar bola sepak 'Cara Malaysia'
DNA bola sepak Malaysia yang juga dikenali sebagai 'Cara Malaysia' merupakan satu manifesto falsafah bola sepak negara.

TMJ hanya perlu satu penggal untuk ubah bola sepak negara
Pemilik JDT itu turut berpandangan sudah tiba masa FAM bebas daripada pengaruh individu yang hanya menggunakan kedudukan dalam badan induk itu sebagai kepentingan peribadi.

Tony Fernandes berminat bantu bola sepak Malaysia
Tony berkata beliau sangat meminati bola sepak dan akan menggunakan segala pengalamannya sewaktu menaja pasukan Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers untuk kemajuan bola sepak negara.

Harimau Malaysia jatuh ranking ke kedudukan 174 senarai FIFA
Ia satu tamparan hebat kepada bola sepak Malaysia selepas menghuni tangga ke 171 pada Januari dan Februari lalu.