awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFF Suzuki: Empat individu direman disyaki bawa senjata semasa perlawanan

Bernama
Bernama
21/12/2014
12:12 MYT
AFF Suzuki: Empat individu direman disyaki bawa senjata semasa perlawanan
Pasukan Thailand meraikan kejayaan pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil disini. - Foto BERNAMA
Empat lelaki warga tempatan ditahan reman hari ini kerana disyaki membawa senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 malam tadi.
Keempat-empat lelaki itu ditahan bersama dua lagi remaja ketika menyaksikan perlawanan akhir berkenaan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kesemua lelaki itu direman mulai hari ini bagi membantu siasatan.
"Tiga lelaki berkenaan berumur antara 20 dan 26 tahun, disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan kerana disyaki memiliki suar.
"Seorang lagi yang berumur 39 tahun disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Melecur dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki besi buku lima," katanya dalam kenyataan.
Dua remaja, berumur lingkungan 17 tahun yang ditahan kerana memakai selempang tertera ungkapan yang menghina pasukan polis telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Topic Berkaitan
#lelaki
#perlawanan akhir
#Piala AFF Suzuki 2014
#senjata bahaya
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#tahan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan