awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada skuad dodgeball lelaki negara

Bernama
Bernama
06/09/2022
04:53 MYT
Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada skuad dodgeball lelaki negara
Skuad dodgeball lelaki negara membawa pulang pingat emas dalam saingan Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Kanada selepas menewaskan Australia 10-5. - Foto Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad dodgeball lelaki negara atas kejayaan menjuarai Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Kanada semalam.
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi kenyataan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan tersebut sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pemain negara, Carlos Goonting yang turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan.
"Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan harapan semoga pencapaian ini akan membakar semangat pemain untuk terus berlatih dan bekerja keras untuk kejohanan-kejohanan mendatang serta menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia," menurut kenyataan itu.
BACA: Kejohanan Dodgeball Dunia: Tewaskan Australia, Malaysia raih pingat emas!
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada skuad dodgeball negara dan mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.
Pada perlawanan berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton itu, skuad lelaki negara yang berada pada ranking pertama dunia mencipta sensasi apabila mengungguli kejohanan tersebut dengan menewaskan pihak lawan 10-5 sekali gus mengulangi kejayaan pada edisi 2017 dan 2018.
Skuad lelaki sebelum ini bergelar naib juara di Cancun, Mexico pada 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad dodgeball lelaki
#Yang di-Pertuan Agong
#Kejohanan Dodgeball Dunia 2022
#rangkul emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan