awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agregat selamatkan Barcelona di Dortmund

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2025
01:00 MYT
Agregat selamatkan Barcelona di Dortmund
Aksi Serhou Guirassy (kanan) dan Ramy Bensebaini (kiri) ketika perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-juara antara Borussia Dortmund dan FC Barcelona, di Dortmund, Jerman, 15 Apr 2025. (Foto AP)
JUARA Eropah lima kali, Barcelona menempah slot separuh akhir Liga Juara-Juara dalam tempoh enam musim selepas menyingkirkan cabaran gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, dengan agregat 5-3 di pentas suku akhir.
Kemenangan 4-0 semasa perlawanan pertama di Stadium Olimpik Lluís Companys, 10 April lalu membolehkan Barcelona jagoan La Liga Sepanyol itu menyerap kekalahan 1-3 di Signal Iduna Park pada Khamis.
Kemenangan agregat 5-3 sudah memadai untuk Blaugrana kendalian Hansi Flick melayakkan diri ke kelompok empat kejuaraan berprestij kelab Eropah tersebut menanti pemenang antara Inter Milan dan Bayern Munich di Stadium San Siro pada Khamis.
Sebelum itu, Die Schwarzgelben bimbingan Niko Kovac gah mengungguli perlawanan menerusi hatrik dijelmakan Serhou Guirassy (penalti m-11, m-49, m-76) yang menghadiahkan kekalahan pertama buat Barca dalam semua pertandingan sepanjang tahun ini.
Namun, kelebihan tiga gol Guirassy berjaya dikurangkan defisit menerusi jaringan gol sendiri pemain pertahanan kelahiran Algeria, Ramy Bensebaini minit ke-54 bagi mengesahkan kemaraan separuh akhir.
Jaringan berpunca apabila bintang Barcelona juga bekas tonggak Dortmund, Robert Lewandowski memberikan tekanan kepada Bensebaini ketika pemain Dortmund itu cuba menghalang hantaran daripada Fermin Lopez. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liga Juara-Juara
#barcelona
#Borussia Dortmund
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan