IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan rundingan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, minggu depan bagi membincangkan isu kenaikan harga tiket Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 23 Okt ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Ahmad Faizal berkata kenaikan harga tiket itu dilihat menjadi salah satu faktor yang menyebabkan penjualan tiket MotoGP, bermula April lepas, masih belum mencecah 50 peratus daripada jumlah keseluruhan.
"Saya amat yakin kerajaan negeri Selangor juga akan memberi perhatian serius kepada perkara ini kerana ia juga melibatkan penjanaan ekonomi daripada aspek pelancongan masuk ke dalam negeri tersebut.
"Jadi, tentunya mereka akan memberi pertimbangan sewajarnya bagi memastikan lebih ramai pengunjung akan datang menyaksikan kejohanan MotoGP pada tahun ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rukun Negara@Belia (RNB) di Aeon Klebang, di sini, pada Sabtu.
Pada 13 Ogos lepas, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, menjelaskan kelembapan penjualan tiket MotoGP pada tahun ini adalah disebabkan caj 25 peratus cukai hiburan yang dikenakan kerajaan negeri Selangor.
Beliau memaklumkan cukai berkenaan menyebabkan harga tiket yang dikenakan meningkat, bermula pada kadar RM90 berbanding hanya RM40 pada tahun lepas.
Sementara itu, Ahmad Faizal, berkata beliau optimis sasaran 170,000 penonton ditetapkan SIC akan dapat direalisasikan berdasarkan komitmen dan pengalaman luas selaku penganjur utama kejohanan itu.
"Kalau sebelum ini kita dapat tarik sambutan sehingga 120,000 penonton, saya percaya SIC akan berusaha dengan lebih kuat untuk kejohanan kali ini.
"Kalau tak dapat melepasi sasaran pun tidak mengapa, asalkan kita dapat kekalkan rekod sedia ada juga sudah dikira baik," katanya.
Mengulas mengenai program, hari ini, beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah melaksanakan Program Rakan Muda@Belia yang bertujuan memberi penekanan terhadap pemerkasaan semangat patriotik dalam kalangan belia berpaksikan kepada perlembagaan serta rukun negara.
Menurut Ahmad Faizal platform berkenaan secara tidak langsung akan memupuk kesedaran serta mendidik golongan belia untuk memahami kepentingan kedua-dua komponen itu dalam kerangka sistem pentadbiran negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Kenaikan harga tiket itu dilihat antara faktor yang menyebabkan penjualan tiket MotoGP, bermula April lepas, masih belum mencecah 50 peratus daripada jumlah keseluruhan. - Foto fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.