awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Faizal kekal sebagai Presiden PAFA sehingga kongres tahunan

Bernama
Bernama
03/01/2021
04:53 MYT
Ahmad Faizal kekal sebagai Presiden PAFA sehingga kongres tahunan
Ahmad Faizal berharap penyokong menghentikan sebarang spekulasi berkenaan jawatan yang disandangnya, sebaliknya terus memberi tumpuan dan sokongan padu kepada pasukan Perak FC. - Gambar fail
IPOH:Bekas Menteri Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan beliau masih menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sehingga kongres tahunan badan sukan itu bersidang pada bulan ini.
Ahmad Faizal berkata dirinya akur dengan segala keputusan yang akan dibuat oleh kongres berkenaan demi memastikan persiapan Perak FC bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini berjalan lancar.
"Menteri Besar, Exco Belia dan Sukan serta beberapa rakan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meminta saya untuk meneruskan tanggungjawab ini, sekurang-kurangnya sehingga kongres tahunan yang akan dijalankan pada bulan ini.
"Saya harap para penyokong jangan ingat saya berada di sini, belum letak jawatan kerana ini kehendak saya," katanya pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Perak FC 2021 di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini malam tadi.
Pada 23 Dis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed menegaskan kerajaan negeri tidak mempunyai masalah, jika Ahmad Faizal kekal sebagai Presiden PAFA untuk mengemudikan badan sukan itu dalam menghadapi kancah Liga M yang dijadual bermula penghujung Feb ini.
Malah, Khairul Shahri berkata perkara penting yang perlu dilaksanakan Ahmad Faizal adalah memastikan skuad The Bos Gaurus terus berjaya mengharumkan nama negeri.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berharap para penyokong menghentikan sebarang spekulasi berkenaan jawatan yang disandangnya, sebaliknya terus memberi tumpuan dan sokongan padu kepada pasukan Perak FC.
"Kalau kita terlalu berpolitik, nak bercakap tentang (jawatan) Presiden tetapi bukan tentang kualiti bola sepak yang akan dibawa ini akan merugikan kita semua. Kita semua berada di sini hanya untuk melihat kejayaan bagi pasukan bola sepak Perak FC," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak FC
#PAFA
#Persatuan Bola Sepak Perak
#Ahmad Faizal Azumu
#kongres tahunan
#Liga Malaysia
#khairul shahril mohamed
#spekulasi
#berpolitik
#The Bos Gaurus
#Menteri Besar
#Exco
#letak jawatan
#penyokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan