Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman dan atlet berbasikal negara Azizulhasni Awang telah bersemuka dan isu yang digembar-gemburkan tentang bantuan basikal telah diselesaikan secara baik.
Kedua-duanya mengadakan pertemuan malam tadi dan mengambil pendekatan positif dengan merancang pelbagai perkara demi kebaikan kerajaan negeri serta pembangunan sukan di negeri ini.
Ahmad Razif yang dihubungi Bernama di sini hari ini berkata beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar permasalahan yang berlaku akibat salah faham dan bersyukur kerana isu tersebut telah selesai.
"Syukur Alhamdulillah, semuanya selesai," katanya.
Pertemuan yang berlangsung selama dua jam di sebuah restoran di Kuala Lumpur turut dihadiri dua lagi atlet berasal daripada Terengganu iaitu Fatihah Mustapa (berbasikal) serta Hafifi Mansor (angkat berat).
Azizul yang memenangi pingat gangsa dalam acara Keirin di Olimpik Rio, sebelum ini dilapor sebagai berkata Ahmad Razif tidak mempedulikan permohonan pihaknya untuk membeli basikal 'roadbike' untuk beliau dan Fatihah gunakan sebagai persediaan ke Rio, menerusi laman Facebook 'Jojo Knoxville'.
BACA: Rio 2016: Azizulhasni luah rasa kecewa dengan MB Terengganu di FB
BACA: MB Terengganu tidak tahu permohonan tajaan Azizulhasni diabaikan
BACA: Kami tidak terima surat permohonan bantuan basikal daripada Azizulhasni - MSNT
Manakala Ahmad Razif dalam kenyataan balasnya menegaskan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai permohonan tersebut malah tidak pernah mengenali pengurus Azizilhasni yang dikatakan cuba berhubung dengan beliau.
Beliau turut mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) menyiasat dakwaan itu dan mengesan sekiranya berlaku sebarang salah faham.
GALERI FOTO: Rio 2016: Sebutir pingat, hadiah Azizulhasni buat negara
Sementara itu ketika pertemuan tersebut, Azizulhasni yang turut mambawa seorang anaknya kelihatan mesra malah memeluk serta bersalam dengan Ahmad Razif.
"Saya amat berbangga dengan kejayaan anak-anak Terengganu termasuk Azizulhasni," kata Ahmad Razif.
Menerusi laman Facebook miliknya pula, Ahmad Razif menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan anak-anak muda daripada Terengganu dan mengakui bahawa apa yang berlaku mungkin terdapat kesilapan antara kedua-duanya.
Berikutan itu beliau memohon agar tiada pihak lain yang memperbesarkan isu itu lagi, yang bagaikan menghidupkan api yang telah padam.
"Malah malam tadi ketika makan malam bersama Fatehah, Azizulhasni dan Hafifi, saya telah menerangkan apa yang terbuku di hati saya dan saya turut mendengar setiap keluh kesah, cabaran serta pengalaman yang mereka lalui untuk berada pada tahap ini sekarang.
"Insya-Allah kita akan usahakan janji yang telah dikatakan iaitu untuk membuka galeri yang akan mempamerkan semua kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak Terengganu termasuk mereka bertiga supaya generasi akan datang tahu jasa dan bakti yang telah mereka lakukan untuk negeri ini," luahnya di laman sosial tersebut.
Sebelum ini, Ahmad Razif telah mengumumkan bahawa Azizulhasni akan memperoleh insentif tertentu dan kerajaan negeri merancang pelbagai program apabila beliau pulang ke Terengganu kelak, antaranya mengadakan pameran bergerak serta memahat namanya di Muzium Negeri sebagai wira dalam kecemerlangan sukan.
Sementara itu Azizulhasni berkata pertemuan malam tadi memberi peluang kepadanya dan Ahmad Razif berbincang mengenai pembangunan dan kecemerlangan sukan berbasikal di Terengganu.
"Kami berkongsi pemikiran dan pandangan mengenai banyak perkara ke arah kecemerlangan.
"Seperti yang saya selalu kata, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan Terengganu akan selalu di hati saya," katanya dalam Facebook miliknya.
Azizulhasni turut berterima kasih atas sambutan yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu kepadanya.
Bernama
Tue Aug 23 2016
Pertemuan Ahmad Razif dan Azizuhasni berlangsung selama dua jam di sebuah restoran di Kuala Lumpur malam tadi. - Foto Astro AWANI
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.
Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.
Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini