Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Razak sah terlepas peluang beraksi dalam final Piala Malaysia Sabtu ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan JDT untuk
menarik balik kad kuning keduanya.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa kad kuning pertama dan kedua yang diterima Aidil pada dua aksi separuh akhir menentang Felda United FC, tidak akan ditarik balik.
Katanya, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dan Jawatankuasa Pengadil mengesahkan kad kuning yang diterima Aidil adalah tepat selepas membuat penilaian penuh terhadap video insiden terbabit.
"Setelah menilai video yang diserahkan oleh pihak JDT, kami berpendapat keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepada Aidil adalah munasabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia di di sini pada Rabu.
Aidil menerima kad kuning pertamanya ketika JDT tewas 3-4 kepada Felda United pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Selayang dan menerima kad kuning keduanya pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.
JDT akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam pada itu, Hamidin menyarankan penyokong pasukan JDT dan Pahang hadir seawal 2 petang pada Sabtu ini bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.
Katanya lebih 90,000 penyokong dari kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium itu nanti.
"Lebih 2,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di sekitar stadium pada hari tersebut. Kita jangka 500 buah bas daripada kedua-dua negeri akan membawa penonton menyaksikan perlawanan itu.
"Rapid KL akan melanjutkan tempoh perkhdimatan mereka sehingga penyokong meninggalkan stadium selepas perlawanan itu nanti.
"Bagi yang memandu kenderaan sendiri nanti disarankan supaya tiba awal untuk mendapatkan tempat letak kereta berhampiran dengan stadium," katanya.
Bernama
Wed Oct 29 2014
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dan Jawatankuasa Pengadil mengesahkan kad kuning yang diterima Aidil (gambar) adalah tepat.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Masih tergilakan Aidil Zafuan? Ini jawapan Rita Rudaini
"Saya bukan serik, cuma belum terfikir untuk kembali berumah tangga," kata Rita Rudaini.
Aidil kecewa gagal beraksi 90 minit pada final Piala Malaysia 2017
Pertahanan JDT Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90 minit pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Aidil terlepas beraksi di final Piala Malaysia 2014
Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim, Aidil Zafuan Abdul Razak sah terlepas peluang beraksi dalam final Piala Malaysia Sabtu ini.
Darul Takzim FC menang tipis keatas Perak
Darul Takzim FC sekadar menang 1-0 keatas Perak yang beraksi dengan sembilan pemain dalam satu perlawanan Liga Super malam tadi.