awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aira juara baharu acara wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan

Bernama
Bernama
06/08/2023
11:34 MYT
Aira juara baharu acara wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan
Pemain Skuasy Aira Azman menjuarai Divisyen Premier Wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan WCE SRAM ke-38 peringkat akhir di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bintang muda meningkat naik Aira Azman muncul juara baharu acara wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan edisi ke-38 selepas menumpaskan pemain lebih berpengalaman Noor Ainaa Amani Ampandi, 3-1 hari ini.
Lebih manis, ini merupakan kemenangan sulung di kejohanan berprestij terbabit selepas empat penampilan bermula 2018.
Saingan akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu menumbangkan Ainaa 11-5, 7-11, 11-3, 11-9 dalam tempoh 24 minit.
Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Aira berkata beliau tidak menyangka mampu mengatasi Ainaa yang telah menewaskan pemain pilihan pertama kejohanan Rachel Arnold semalam.
"Sangat gembira dapat memenangi kejohanan ini kerana ia adalah kejuaraan kebangsaan pertama saya, saya rasa dia bermain dengan sangat baik minggu ini, saya agak gementar untuk bermain, kerana kami telah berlatih bersama beberapa kali.
"Tetapi apabila saya sudah tahu rentak permainannya...saya bermain dengannya beberapa kali, jadi sudah tiba masanya untuk bermain lebih baik," katanya kepada kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Aira berkata kemenangan yang diraih menjadi tonik tambahan buatnya untuk menggalas cabaran negara ke Kejohanan Individu Remaja Asia yang akan berlangsung di Dalian, China pada 16 hingga 20 Ogos ini.
Sementara itu, aksi final saingan lelaki menyaksikan pilihan kedua Ivan Yuen muncul juara kali kelima selepas mengetepikan pilihan utama, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar 3-1.
Yuen mengambil masa 56 minit untuk mengungguli kejuaraan dengan menundukkan Muhammad Addeen 11-6, 11-8, 6-11, 11-6.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aira Azman
#kejohanan skuasy kebangsaan
#juara baharu
#acara wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan