TIDAK syak lagi, tahun 2016 adalah tahun paling bermakna buat AJ Styles. Bermula dengan penampilan sulung di WWE awal tahun lalu di Royal Rumble, berkonfrontasi dengan Roman Reigns dan John Cena, memenangi Kejuaraan WWE pada September dan masih bergelar juara sehingga hari ini. Segalanya nampak tersusun indah buat penggusti berusia 39 tahun ini.
Resume kecemerlangan Styles bertambah lagi apabila Pro Wrestling Illustrated (PWI), sebuah majalah gusti terkemuka di Amerika Syarikat sejak 1972, menamakan Styles sebagai Penggusti Terbaik bagi tahun 2016.
Semalam, PWI telah mengumumkan para pemenang bagi Anugerah Pencapaian (Achievement Awards) tahunan mereka untuk kali ke 44 dan Styles telah mengungguli anugerah berprestij gusti profesional tersebut.
Bukan sahaja dinobatkan sebagai penggusti terbaik bagi sepanjang tahun 2016, Styles juga berkongsi kejayaan bersama John Cena setelah perlawanan mereka di acara Summerslam pada Ogos lalu dinamakan sebagai perlawanan terbaik untuk tahun lalu.
Ini merupakan kali pertama AJ memenangi tempat pertama anugerah berprestij ini setelah mendapat tempat kedua pada tahun 2005 dan 2014, manakala beroleh tempat ketiga pada tahun 2003 dan 2004.
Setelah terlibat dengan perlawanan epik bersama Shinsuke Nakamura di acara Wrestle Kingdom 10 awal Januari 2015 yang lalu, kedua mereka mengucapkan selamat tinggal kepada organisasi gusti terkemuka Jepun, New Japan Pro Wrestling (NJPW) untuk menyertai WWE. Sepertimana Styles, tuah juga menyebelahi Nakamura apabila beliau turut menerima anugerah sebagai Penggusti Paling Popular 2016 oleh PWI.
Orang harapan Vince McMahon, Roman Reigns pula menerima anugerah sebagai Penggusti Paling Dibenci untuk tahun 2016. Sesuatu yang agak kontra kerana Roman merupakan bintang berwatak baik yang cuba dinaikkan WWE sejak 2014. Namun sorakan 'boo' yang bergema setiap kali beliau muncul mungkin menjadi indikator penting sehingga melayakkan beliau menerima anugerah ini. Untuk rekod, Roman merupakan penerima anugerah Penggusti Terbaik pada tahun lalu.
Penerima anugerah PWI lain adalah:-
Penggusti Baharu Terbaik: Nia Jax
Penggusti Paling Memberi Inspirasi: Bayley
Kemunculan Semula Terbaik: Goldberg
Penggusti Wanita Terbaik: Charlotte Flair
Persengketaan Terbaik: Sasha Banks menentang Charlotte Flair
Pasukan Regu Terbaik: The New Day
Senarai penuh anugerah ini akan diterbitkan sedikit masa lagi dan boleh diikuti di http://www.pwi-online.com/
Trofi Kejuaraan UK didedahkan kepada umum
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, WWE telah mengumumkan yang mereka bakal mengadakan kejohanan khusus bagi para penggusti di United Kingdom. Kejohanan selama 2 hari ini bakal mengambil tempat pada Ahad dan Isnin ini (waktu Malaysia) dan akan disiarkan secara eksklusif di WWE Network (saluran 820/840).
Bagi menambahkan kehangatan kejohanan ini serta menaikkan semangat 16 para penggusti yang terlibat, bengkung kejuaraan bagi pemenang kejohanan ini kelak telah didedahkan kepada umum.
Michael Cole dan Nigel McGuiness yang dilantik sebagai pengulas rasmi acara ini juga sempat merakam video di siaran Blue Peter terbitan BBC untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang reka bentuk kejuaraan berprestij yang bakal menjadi rebutan ini.
Tidak dapat dinafikan, ia menampilkan sebuah reka bentuk yang amat menarik dan menyerlahkan imej prestij walaupun bentuknya menyamai acuan kejuaraan yang sedia ada di WWE kini.
Astro Arena
Sat Jan 14 2017
Ini merupakan kali pertama AJ memenangi tempat pertama anugerah berprestij ini setelah mendapat tempat kedua pada tahun 2005 dan 2014. - Foto WWE
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
AJ Styles diangkat sebagai penggusti terbaik 2016, trofi kejuaraan UK didedahkan
Resume kecemerlangan Styles bertambah lagi apabila Pro Wrestling Illustrated (PWI), sebuah majalah gusti terkemuka di Amerika Syarikat sejak 1972, menamakan Styles sebagai Penggusti Terbaik 2016.
AJ Styles menyertai WWE? Laluan sukar buat Roman Reigns
Peminat gusti profesional seluruh dunia begitu teruja apabila beberapa laman web gusti antarabangsa melaporkan spekulasi yang bintang sensasi antarabangsa, AJ Styles bakal menyertai WWE.