awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Ahli mara ke final ACL Elit selepas tumpaskan Al-Hilal

Bernama
Bernama
30/04/2025
06:45 MYT
Al-Ahli mara ke final ACL Elit selepas tumpaskan Al-Hilal
Al-Ahli menewaskan seteru utama, Al-Hilal 3-1 dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elit. - Foto AP
JEDDAH: AL-AHLI Saudi FC melakar kejayaan bergaya apabila menewaskan seteru utama, Al-Hilal 3-1 dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elit di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Ringkasan AI
  • Al-Ahli Saudi FC menewaskan Al-Hilal 3-1 dalam separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elit di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, dengan sokongan lebih 50,000 penyokong.
  • Roberto Firmino membuka jaringan pada minit ke-9, diikuti gol Ivan Toney pada minit ke-27. Al-Hilal bangkit dengan gol Salem Al Dawsari sebelum separuh masa, tetapi terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Kalidou Koulibaly dilayangkan kad kuning kedua.
  • Feras Al-Buraikan menjaringkan gol pada minit ke-97, mengesahkan kemenangan mutlak Al-Ahli dan tempat mereka di final ACL Elit.

Disaksikan lebih 50,000 penyokong setia, Al-Ahli memulakan perlawanan dengan garang apabila bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan.
Ivan Toney menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-27, sebelum Al-Hilal bangkit menjaringkan gol penting menerusi Salem Al Dawsari pada minit ke-42 untuk merapatkan kedudukan sebelum rehat.
Babak kedua menyaksikan Al-Hilal beraksi dengan 10 pemain selepas Kalidou Koulibaly dilayangkan kad kuning kedua.
Feras Al-Buraikan memastikan kemenangan mutlak Al-Ahli menerusi jaringan pada minit ketujuh masa kecederaan, sekali gus mengesahkan tempat ke final ACL Elit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Ahli
#tewaskan Al-Hilal
#mara ke final
#Liga Juara-Juara AFC Elit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami