KUALA LUMPUR: Prestasi dipamerkan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tampak semakin meningkat biarpun perjalanannya terhenti di peringkat suku akhir Kejohanan All England 2024 di Birmingham, pada Jumaat.
Bekas pemain kebangsaan Datuk James Selvaraj berkata kekalahan dialami Zii Jia di tangan wakil India Lakshya Sen boleh dielakkan seandainya pemain berusia 25 tahun itu bijak memanfaatkan kekuatan smash dimilikinya untuk 'mematikan' lawannya di Utilita Arena Birmingham.
Walaupun mendahului pada set pertama, 22-20, namun pemain di ranking ke-10 dunia itu gagal mengekalkan rentak kemenangan sekali gus tumpas pada dua set berikutnya kepada Lakshya, 16-21, 19-21.
"Saya tengok Lakshya main simple saja, smash pun tak kuat namun Zii Jia dengan ketinggian dan smash yang mungkin paling kuat dalam kalangan pemain di All England 2024 tidak guna kelebihannya semalam.
"Mengapa Zii Jia tidak guna (smash), pemain pasti takut pukulan smash dia. Ini satu keputusan yang amat merugikan, bagaimana dia tewas pun saya tidak tahu kerana saya ingat dia boleh mara ke final dan jadi juara," katanya ketika dihubungi Bernama.
James, yang bingung dengan penyingkiran Zii Jia, mengakui yakin pemain ranking ke-10 dunia itu akan mendakap gelaran kedua peribadi pada kejohanan badminton tertua dunia selepas edisi 2021, apabila menang bergaya ke atas pemain nombor enam dunia dari Jepun, Kodai Naraoka pada pusingan pembukaan serta bekas juara dunia 2021, Loh Kean Yew dari Singapura di pusingan kedua.
"Jelas sekali dia bermain dengan cukup baik dalam All England 2024 (setakat tahun ini) kerana dia berjaya menewaskan pemain lama seperti Naraoka dan Kean Yew.
"Berdasarkan game lawan Naraoka khususnya, pemain Jepun itu memang gemar main rally namun Zii Jia kerap guna kekuatan smash untuk hentam lawannya, namun berbeza pula ketika lawan Lakshya," katanya.
Sepanjang lima penampilan pada kejohanan individu tahun ini, bekas juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 itu telah mara ke suku akhir sebanyak tiga kali termasuk di All England 2024 manakala tersingkir awal di pusingan pertama sebanyak dua kali termasuk di Terbuka Malaysia, Januari lepas.
Justeru bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap agar pemain kelahiran Kedah itu mampu mengekalkan momentum dimiliki sekali gus dapat menggenggam emas pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Zii Jia berpeluang cerah untuk membuat penampilan kedua di pentas Olimpik selepas Tokyo 2020 apabila menghuni kedudukan ke-10 dalam carta 'Race to Paris' dengan memungut 66,016 mata.
Sesebuah negara hanya boleh mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada ranking 16 teratas dalam ranking "Race to Paris" menjelang tempoh kelayakan pada 28 April ini.
Seorang lagi pemain perseorangan negara Ng Tze Yong pula terkeluar daripada carta kedudukan 16 pemain teratas dalam 'Race to Paris' apabila terpaksa berehat daripada sebarang kejohanan selepas menjalani pembedahan di bahagian belakang, baru-baru ini.
Sementara itu James menaruh harapan agar beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berpeluang mara ke final All England 2024 dengan menumpaskan pasangan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, di peringkat separuh akhir hari ini.
Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan kelima, mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menumbangkan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, 21-14, 21-11.
Jhe-Huei-Po-Hsuan pula mara selepas menewaskan Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand, 21-13, 21-17.
Keputusan pada Jumaat menyaksikan Aaron-Wooi Yik hanya selangkah mengulangi pencapaian terbaik mereka mara ke final pada edisi 2019 sebelum tewas kepada beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 21-11, 14-21, 12-21.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Kekalahan dialami Zii Jia di tangan wakil India Lakshya Sen boleh dielakkan seandainya pemain berusia 25 tahun itu bijak memanfaatkan kekuatan smash dimilikinya. - Gambar fail/AP
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.